TONGOD: Akta lebih berat termasuk hukuman sebat wajar dilaksanakan ke atas penjenayah buli di kalangan pelajar terutama melibatkan kehilangan nyawa.
Cadangan itu diusulkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Kuamut, Datuk Masiung Banah, memandangkan akta yang ada sekarang tidak menakutkan pembuli kerana belum ada undang-undang khusus mengenai jenayah buli.
” Selain melibatkan kematian, jenayah serius termasuk kecederan parah kepada mangsa hendaklah dimasukan dalam cadangan akta berkenaan.
” Hukuman sebat lebih priktikal kepada penjenayah juvana sebagai keadilan kepada keluarga mangsa yang telah kehilangan nyawa.
Akta itu dianggap masih ringan berbanding hukuman gantung sampai mati yang dikenakan ke atas penjenayah dewasa, ” tegasnya selepas merasmikan Graduasi Tingkatan Enam daerah Telupid/Tongod di Dewan Simpang Entilibon di sini, kelmarin.
Pengerusi Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) bertaraf menteri itu diminta mengulas mengenai kejadian buli hingga menyebabkan kematian ke atas adik, Zara Qairina Mahathir, 13 tahun, pelajar tingkatan satu di Asrama Sekolah Menangah Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha di Kinarut pada 16 Julai lalu.
Zara ditemuai dalam keadaan tidak sedarkan diri di parit asrama SMKA itu, kemudian dikejarkan ke Hospital Queen Elizabeth 1 (HQE 1) sebelum meninggal dunia keesokan harinya.
Menurut Masiung, golongan muda remaja dan ibu bapa tahu pesalah juvana cuma dijatuhi hukuman penjara hanya dalam tempoh beberapa tahun selain denda jika sabit kesalahan membunuh atau mencederakan mangsa.
Katanya, kes bunuh yang diklasifikasikan jenayah paling serius di kalangan pelajar terutama di asrama tidak akan dapat dibenteras selagi tiada undang-undang khusus yang lebih berat.
Menurut beliau, kekerapan berlakunya kes buli di negara ini melibatkan pelajar menengah dan institusi pengajian tinggi hingga menyababkan kematian kerana wujudnya kelemahan peruntukan undang-undang sedia ada.
Kronologi kes buli Zara Qairana bukan sahaja menjadi kemarahan netizen di negara ini, tetapi telah menjadi tumpuan global.
Pada November tahun lalu, Mohammad Nazmie Aizat, 17 tahun ditemui maut di asrama Kolej Vokasional, Lahad Datu selepas dipukul 13 pelajar seasrama.
Pada Mei 2017 negara digemparkan dengan kes penderaan menyebabkan kematian ke atas Zulfarhan Osman Zulkarnain, pelatih di asrama Kolej Ketenteraan Nasional Malaysia, di Kem Sungai Besi, Kuala Lumpur.
Masiung berkata, pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) hendaklah diwajibkan disetiap bangunan sekolah dan asrama bagi mengesan kes buli dan perkara tidak bermoral di kalangan pelajar.
Pada majlis graduasi itu beliau telah meluluskan peruntukan RM36 ribu untuk pemasangan CCTV di bangunan sekolah dan asrama bagi Sekolah Menangah Entilibon, Penangah dan Tongod.