HomeUtamaHajiji Sambut Baik Arahan Lanjut Peguam Negara Berhubung Kes Zara Qairina

Hajiji Sambut Baik Arahan Lanjut Peguam Negara Berhubung Kes Zara Qairina

Read Time:43 Second

Kota Kinabalu  – Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Haji Noor menyambut baik kenyataan terkini Jabatan Peguam Negara yang telah mengeluarkan arahan lanjut berhubung siasatan kes kematian pelajar, adik Zara Qairina.

Menurut beliau, kes tersebut bukan sahaja menyentuh perasaan rakyat Sabah, malah telah menarik perhatian meluas dari seluruh negara termasuk negara jiran.

“Ini jelas menunjukkan bahawa keadilan untuk adik Zara adalah tuntutan bersama yang merentasi sempadan dan perbezaan,” katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Hajiji turut menzahirkan keyakinan terhadap pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan secara telus dan menyeluruh agar keadilan dapat ditegakkan untuk Zara dan keluarganya.

“Saya menyeru semua pihak agar terus bertenang, tidak terpengaruh dengan spekulasi, serta memberi ruang dan kepercayaan kepada proses undang-undang yang sedang berjalan,” tambah beliau.

Kes Zara Qairina mendapat perhatian ramai selepas pelbagai pihak menuntut agar keadilan ditegakkan berhubung punca kematiannya yang didakwa berkaitan insiden buli.

#JusticeForZara

RELATED ARTICLES
Utama

Lapan pembahas suarakan aspirasi di Konvensyen Mahasiswa Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular