HomeUtamaTindakan tidak bertanggungjawab jejaskan imej bandar raya – DBKK

Tindakan tidak bertanggungjawab jejaskan imej bandar raya – DBKK

Read Time:54 Second

Kota Kinabalu :Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) menzahirkan rasa kesal terhadap tindakan tidak bertanggungjawab seorang individu yang membuang pakaian ke dalam air pancut di Jalan Gaya, seperti yang tular di media sosial pada Rabu.

DBKK dalam satu kenyataan memaklumkan, hasil pemeriksaan mendapati tindakan tersebut telah menyebabkan sistem pengaliran air tersumbat, selain mencemarkan air di kawasan air pancut berkenaan.

“Pihak Jabatan Landskap DBKK telah menjalankan kerja-kerja pembersihan serta-merta bagi memastikan keadaan kembali pulih.

“Selain pembersihan, kerja mengecat semula struktur air pancut juga akan dilaksanakan bagi membaiki kerosakan pada cat sedia ada,” menurut kenyataan itu di sini.

DBKK turut mengingatkan orang ramai agar sentiasa menjaga kekemasan dan keindahan bandar raya, khususnya di kawasan tumpuan awam seperti Jalan Gaya, yang sering menjadi tarikan pelancong.

“Tindakan seperti ini bukan sahaja mencemarkan persekitaran, malah memberikan gambaran negatif kepada pelawat dan menjejaskan imej bandar raya,” tambah kenyataan itu.

DBKK menegaskan bahawa pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengenakan kompaun terhadap mana-mana individu yang melanggar peraturan di bawah Undang-Undang Kecil (UUK) Anti Sampah Sarap 1984 Pindaan 2005. – Chronivo / FOTO DBKK

RELATED ARTICLES
Utama

Sabah cadang beri pendidikan percuma untuk pelajar lanjut ke IPT milik...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular