HomeUtamaSimposium ‘Sabah Women’s Leader’ himpun lebih 3,000 peserta 29 Ogos ini

Simposium ‘Sabah Women’s Leader’ himpun lebih 3,000 peserta 29 Ogos ini

Read Time:57 Second

Kota Kinabalu : Simposium ‘Sabah Women’s Leader’ dijangka akan menghimpunkan lebih 3,000 jemputan pada 29 Ogos ini.

Pengerusi Majlis Penasihat Wanita Sabah, Datuk Dr. Rosmawati Lasuki berkata, simposium itu bakal menjadi pentas utama menonjolkan kebolehan wanita Sabah dalam bidang ekonomi, pendidikan dan kepimpinan.

”Pemilihan pembentangan peserta ke simposium berprestij itu dibuat berdasarkan prestasi mereka dalam Bengkel Sabah Women’s Lab (Fasa Kedua) menggunakan pendekatan Model Libat urus–Pemerkasaan–Transformasi (LPT).

“Sesi bengkel ini menganalisis tahap kompetensi serta jurang pencapaian wanita dalam tiga bidang utama menggunakan data saringan kendiri yang distrukturkan.

“Melalui proses ini kita bukan sahaja membantu peserta memahami kekuatan mereka malah merangka pendekatan transformasi yang lebih tersusun,” katanya semasa ucapan aluan sempena Perasmian Bengkel Sabah Women’s Lab : (Phase 2, Incubator Lab), di sini baru-baru ini.

Menurut Rosmawati, peserta terbaik akan diberi peluang membentangkan projek, kertas kerja atau cadangan semasa Simposium Sabah Women’s Leader.

“Pentas simposium nanti adalah peluang besar untuk peserta menonjolkan kebolehan mereka di hadapan pemimpin industri, organisasi dan agensi berkaitan,” ujarnya.

Majlis turut menyaksikan pembentangan tiga peserta terbaik mewakili bidang masing-masing iaitu Cleopatra Lajawai (ekonomi), Ninalyn Fridrict (pendidikan) dan Raidahwati Jalalin (kepimpinan).

RELATED ARTICLES
Utama

GLC dan syarikat swasta bantu mangsa banjir di Sipitang

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular