HomeUtamaSabah, Melaka perkukuh jalinan strategik pendidikan

Sabah, Melaka perkukuh jalinan strategik pendidikan

Read Time:1 Minute, 18 Second

Melaka : Kerajaan Sabah dan Melaka terus memperkukuh kerjasama bagi membentuk jaringan strategik antara kedua-dua buah negeri khususnya dalam pembangunan pendidikan di Sabah.

Kerjasama strategik itu dihasilkan menerusi lawatan ke Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEM) yang diketuai Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif.

Lawatan itu turut disertai Yayasan Sabah, Tabung Pendidikan Negeri Sabah (TPNS), Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), serta Pejabat Tugas-Tugas Khas.

Arifin berkata, menerusi lawatan dan pertemuan itu, pelbagai inisiatif pendidikan yang dilaksanakan di Melaka dibentangkan dan dibincangkan secara terbuka.

Katanya, ini termasuk sistem ganjaran kepada pelajar cemerlang dari peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM); Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM); Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) hingga ke universiti. 

“Turut diketengahkan ialah pelaksanaan program tuisyen percuma dan sokongan akademik untuk golongan pelajar luar bandar dan B40.

Banyak yang kami pelajari daripada taklimat dan hasil perbincangan bersama EXCO dan wakil Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEM). Ada inisiatif yang boleh kami adaptasi di Sabah, malah ada juga yang hampir serupa dengan pendekatan kami,” katanya.

Arifin yang juga Exco Pendidikan dan Agama Sabah berkata, usaha lawatan itu merupakan satu langkah awal untuk membentuk jaringan strategik antara negeri bagi memperkukuh pembangunan pendidikan di Sabah.

Selepas Melaka, kami juga merancang untuk melawat beberapa negeri lain yang cemerlang dalam pencapaian pendidikan, termasuk negeri yang mempunyai rekod peperiksaan awam yang memberangsangkan,” katanya.

Tambahnya lagi, kerjasama itu diharap akan menjadi pemangkin kepada usaha-usaha berterusan dalam menambah baik sistem pendidikan di Sabah, selaras dengan komitmen kerajaan negeri untuk melahirkan modal insan berkualiti dan berdaya saing. – Chronivo

RELATED ARTICLES
Utama

800 bungkusan makanan disumbangkan kepada mangsa banjir, petugas di Penampang

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular