HomeSukanMSSD Tawau juara keseluruhan Kejohanan Kriket MSS Sabah 2025

MSSD Tawau juara keseluruhan Kejohanan Kriket MSS Sabah 2025

Read Time:1 Minute, 23 Second

Kota Kinabalu : Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) Tawau berjaya mengungguli Kejohanan Kriket Majlis Sukan Sekolah (MSS) Sabah 2025 apabila dinobatkan sebagai juara keseluruhan setelah mencatat keputusan cemerlang dalam kategori yang disertai.

Dalam kategori Bawah 12 Tahun (12TKB), MSSD Tawau muncul juara selepas menewaskan pesaing hebat, MSSD Beaufort yang menduduki tempat naib johan, manakala tempat ketiga disandang oleh MSSD Lahad Datu.

Bagi kategori Bawah 18 Tahun (18TKB) pula, MSSD Tawau meneruskan prestasi cemerlang apabila berjaya meraih naib johan, di belakang juara kategori, MSSD Lahad Datu. Tempat ketiga bagi kategori ini pula dimenangi oleh MSSD Beaufort.

Konsistensi yang ditampilkan oleh MSSD Tawau dalam kedua-dua kategori memberi kelebihan kepada mereka untuk dinobatkan sebagai juara keseluruhan kejohanan, menewaskan pencabar utama dari Lahad Datu dan Beaufort.

Majlis penutupan kejohanan disempurnakan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St Patrick Membakut.

Arifin ketika ditemui merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Beaufort bersama SMK St. Patrick, Membakut atas kejayaan menganjur dan menyelaras program kriket yang telah diamanahkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sabah.

“Ini merupakan satu langkah penting dalam usaha memartabatkan sukan kriket sebagai sukan bitara bagi daerah Beaufort. Malah, kita dapat lihat akar pembangunan sudah mula dibina apabila program turut menyasarkan pelajar peringkat sekolah rendah seperti di sekolah rendah,” katanya.

Beliau turut menyifatkan inisiatif tersebut sebagai usaha yang sangat baik dalam melahirkan bakat muda dalam sukan kriket dan berpotensi menyumbang kepada pembangunan sukan negara.

“Kita berharap kriket bukan sahaja berkembang di peringkat negeri, malah mampu menyumbang kepada kemajuan sukan negara. Tahniah juga kepada semua pasukan yang telah berjaya menunjukkan prestasi cemerlang sepanjang kejohanan ini,” katanya. – Chronivo

RELATED ARTICLES
Sukan

Tujuh pasukan sertai kejohanan Pesta Sukan Muhibbah JKM Ke-14

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular