HomeUtamaDewan Masyarakat KK akan dipulih, kekal sebagai bangunan warisan negeri

Dewan Masyarakat KK akan dipulih, kekal sebagai bangunan warisan negeri

Read Time:1 Minute, 18 Second

Kota Kinabalu :  Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar (KePKAS) akan memohon peruntukan khas daripada Kerajaan Negeri bagi kerja-kerja pemulihan semula Dewan Masyarakat Kota Kinabalu yang musnah dalam kebakaran pada 29 Julai lalu.

Menterinya, Datuk Seri Christina Liew berkata, struktur bangunan yang masih berdiri tidak akan dirobohkan memandangkan ia memiliki nilai sejarah dan kepentingan budaya yang tinggi sejak siap dibina pada tahun 1958.

“Kita tidak mahu kehilangan sepenuhnya struktur warisan berharga ini. Mengikut rekod yang disimpan oleh Jabatan Muzium Sabah, Dewan Masyarakat Kota Kinabalu telah menjadi bangunan warisan budaya dari tahun 1999 hingga 2017.

“Pada tahun 2017, ia telah diwartakan sebagai Bangunan Warisan Negeri di bawah Enakmen Warisan Negeri 2017,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa meninjau lokasi kejadian kebakaran itu di sini pada Isnin. 

Turut hadir, Setiausaha Tetap KePKAS Datuk Josie Lai, Pengarah Jabatan Muzium Sabah Abd Arif Hamid, dan Timbalan Ketua Pengarah Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) bagi sektor pengurusan kewangan, Victor Gerard Kuasi.

Christina yang juga Pengerusi Majlis Warisan Negeri, menjelaskan dewan itu telah menjadi nadi pelbagai aktiviti komuniti dan budaya selama beberapa dekad.

“Sejak dahulu, Dewan Masyarakat ini menjadi lokasi pelbagai program kerajaan, festival kebudayaan, acara komuniti, pertandingan permainan, pementasan muzikal, ratu cantik, serta aktiviti pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan belia,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menggesa supaya kerja-kerja pembersihan serpihan dan bahan binaan yang runtuh dilakukan dengan segera serta kawasan kebakaran dikawal rapi demi keselamatan orang awam.

“Kita tidak mahu ada sesiapa, terutamanya kanak-kanak dan warga emas, yang tercedera akibat mengakses kawasan ini,” katanya. – Chronivo

RELATED ARTICLES
Utama

Sabah cadang beri pendidikan percuma untuk pelajar lanjut ke IPT milik...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular