HomeUtamaRibut petir, hujan lebat dijangka landa Pedalaman dan Pantai Barat Sabah malam...

Ribut petir, hujan lebat dijangka landa Pedalaman dan Pantai Barat Sabah malam ini

Read Time:54 Second

Kota Kinabalu: Beberapa kawasan di Pedalaman dan Pantai Barat Sabah dijangka mengalami ribut petir, hujan lebat dan angin kencang malam ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kemaskini di Facebook memaklumkan, situasi keadaan cuaca berkenaan dijangka akan berlaku sehingga jam 10 malam ini.

“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka akan berlaku di negeri Sabah, antaranya di  Pedalaman dan Pantai Barat melibatkan Papar dan Ranau.

“Turut mengalami cuaca sama adalah di Sandakan; Tongod dan Telupid selain Kudat serra Labuan sehingga jam 10 malam pada Isnin,” menurut kenyataan itu di sini.

Cuaca sama turut dijangka berlaku di beberapa kawasan di negeri Perak (Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim).

Selain itu,  beberapa negeri lain di Semenanjung dan Sarawak turut dilaporkan mengalami cuaca sama.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – Chronivo

RELATED ARTICLES
EnglishUtama

‘Reckless, Dangerous and Disgusting’: Lawyers Hit Back at Shafie Over Zara...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular