HomeUtamaJabatan Peguam Negara Teliti Laporan Penuh Siasatan Kes Kematian Zara Qairina

Jabatan Peguam Negara Teliti Laporan Penuh Siasatan Kes Kematian Zara Qairina

Read Time:35 Second

PUTRAJAYA — Jabatan Peguam Negara sedang meneliti dengan mendalam laporan penuh siasatan awal daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung kes kematian Zara Qairina, yang diterima masing-masing pada 3 Ogos di Cawangan Sabah dan 4 Ogos di Ibu Pejabat Putrajaya.

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan hari ini, proses penelitian tersebut merangkumi semua aspek undang-undang dan fakta yang dikemukakan, bagi memastikan setiap keputusan yang diambil berlandaskan undang-undang serta memenuhi prinsip keadilan.

“Sebarang keputusan berkaitan kes ini akan dimaklumkan setelah proses penelitian laporan penuh siasatan awal tersebut selesai dilaksanakan,” menurut kenyataan itu.

Jabatan itu turut menghargai kerjasama semua pihak dan menggesa orang awam untuk mengelak daripada membuat sebarang kenyataan bersifat spekulatif yang boleh menjejaskan proses siasatan dan keadilan.

RELATED ARTICLES
Utama

Tahap Pengetahuan Kesihatan Rakyat Malaysia Masih Rendah — Menteri Kesihatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular