HomeUtamaCuaca panas landa Pitas dan Tenom, suhu cecah 37 darjah celcius

Cuaca panas landa Pitas dan Tenom, suhu cecah 37 darjah celcius

Read Time:44 Second

Kota Kinabalu : Dua daerah di Sabah dilaporkan mengalami cuaca panas tahap berjaga-jaga yang boleh mencecah suhu sehingga 37 darjah celcius

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan memaklumkan, daerah yang terlibat adalah Pitas dan Tenom.

Selain Sabah, terdapat tiga kawasan di Semenanjung berada pada Tahap 1 (Berjaga-Jaga) iaitu Baling (Kedah), Selama (Perak), dan Temerloh (Pahang)

“Bagi kawasan di Sarawak, hanya satu kawasan di Sarawak berada pada Tahap 1 (Berjaga-Jaga) iaitu Limbang,” menurut kenyataan itu di sini.

Kawasan yang mengalami cuaca panas Tahap Satu itu direkodkan setakat jam 6 pagi  pada Isnin

Tahap gelombang haba itu boleh mencapai suhu maksimum harian yang melebihi 37 darjah Celcius hingga 40 darjah Celcius sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.

Orang ramai boleh melayari https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/ untuk mengetahui maklumat terkini status cuaca panas harian. – Chronivo

RELATED ARTICLES
Utama

Tahap Pengetahuan Kesihatan Rakyat Malaysia Masih Rendah — Menteri Kesihatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular