HomeSukanAksi Sabah FC bertemu Melaka FC ditunda ke 29 Ogos

Aksi Sabah FC bertemu Melaka FC ditunda ke 29 Ogos

Read Time:35 Second

Kota Kinabalu : Aksi pertama Sabah FC bertemu Melaka FC pada saingan Liga Super yang dijadualkan pada 10 Ogos ini ditunda atas faktor penukaran venue perlawanan.

Penundaan itu diumumkan Malaysian Football League (MFL) selepas mengemaskini jadual perlawanan Liga Super 2025-2026 melibatkan perlawanan kedua-dua pasukan berkenaan

Menurut MFL, pindaan itu telah dipersetujui oleh kedua-dua pasukan yang terlibat dan perlawanan kedua-dua pasukan dipinda ke 29 Ogos ini.

“Pindaan ini dibuat kerana venue PTR akan digunakan untuk Kejohanan Olahraga Terbuka Masters Sabah pada 9 dan 10 Ogos 2025,” menurut kenyataan itu.

Sabah bakal membuka tirai perlawanan menentang Kuala Lumpur pada 13 Ogos di Stadium Bolasepak Cheras selepas pembatalan perlawanan di antara Melaka. – Chronivo / FOTO SABAH FC

RELATED ARTICLES
Sukan

Tujuh pasukan sertai kejohanan Pesta Sukan Muhibbah JKM Ke-14

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular