HomeUtamaSaadiah Aziz dilantik sebagai Pengerusi baharu Sabah Electricity

Saadiah Aziz dilantik sebagai Pengerusi baharu Sabah Electricity

Read Time:1 Minute, 26 Second

KOTA KINABALU: Sabah Electricity Sdn Bhd (Sabah Electricity) hari ini mengumumkan pelantikan Saadiah Aziz sebagai Pengerusi Sabah Electricity yang berkuat kuasa mulai 31 Julai 2025.

Saadiah menggantikan Datuk Seri Wilfred Madius Tangau.

Saadiah, 49, yang sebelum ini memegang jawatan sebagai Naib Presiden Kanan Khazanah Nasional Berhad, membawa bersama pengalaman lebih 24 tahun dalam pelbagai bidang termasuk pengurusan program dan projek, pengurusan dan penglibatan pihak berkepentingan, pembangunan perniagaan dan pemasaran, pemantauan pengurusan, pengurusan data, penyelidikan dan analisis dalam pasaran modal luar pesisir dan penarafan bon merentasi pelbagai industri dan sektor.

Saadiah juga pernah menjadi antara anggota awal Program Transformasi Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) selama 10 tahun (2005–2015), iaitu inisiatif nasional yang bertujuan menjadikan GLC sebagai entiti berprestasi tinggi.

Beliau juga terlibat dalam pelbagai projek bertaraf nasional sepanjang lebih 16 tahun berkhidmat di Khazanah Nasional Berhad. Sebelum itu, beliau pernah berkhidmat dalam bidang pasaran modal di Labuan Offshore Financial Services Authority dan Malaysian Rating Corporation Berhad (MARC).

Beliau memiliki Ijazah Sarjana Sains dalam Pengurusan Strategik Projek dari University College London (UCL) dan merupakan penerima Biasiswa British Chevening dan Khazanah Global.

Saadiah turut memiliki Sarjana Sains dalam Pengurusan Kewangan serta Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dari Glasgow Caledonian University, Scotland.

Selain itu, beliau turut melengkapkan Program Eksekutif di London Business School dalam bidang Pelaksanaan Strategi untuk Hasil.

Sebelum pelantikannya, Saadiah merupakan Pengarah Bebas Suria Strategic Resources Sdn Bhd, sebuah syarikat infrastruktur berkaitan tenaga yang dimiliki sepenuhnya oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF Inc.).

Sementara itu, Lembaga Pengarah, Pasukan Pengurusan dan warga kerja Sabah Electricity menyambut baik pelantikan beliau.

“Kami percaya kepimpinan beliau akan membantu menerajui Sabah Electricity menghadapi cabaran dan mencapai aspirasi syarikat,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Sabah Electricity, Datuk Ir. Ts. Mohd Yaakob Jaafar dalam satu kenyataan pada Ahad.

RELATED ARTICLES
Utama

Tahap Pengetahuan Kesihatan Rakyat Malaysia Masih Rendah — Menteri Kesihatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular