HomeUtamaPerdana Menteri adakan lawatan kerja sehari ke Sabah

Perdana Menteri adakan lawatan kerja sehari ke Sabah

Read Time:33 Second

Kota Kinabalu: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual mengadakan lawatan kerja sehari ke Sabah pada Ahad.

Beliau tiba Kota Kinabalu kira-kira jam 12.20 pagi tadi menggunakan pesawat khas dari ibu negara.

Pada sebelah pagi,Perdana Menteri dijadual akan merasmikan sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2025 pada jam 9 pagi di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini.

Sejurus selepas itu, Perdana Menteri akan menghadiri sesi perjumpaan bersama pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah di Pasific Ballroom Sutera Harbour kira-kira jam 10.45 pagi.

Selesai menghadiri perjumpaan itu, Perdana Menteri dijadual berlepas pulang ke ibu negara kira-kira jam 12 tengah hari. – Chronivo

RELATED ARTICLES
Utama

Tahap Pengetahuan Kesihatan Rakyat Malaysia Masih Rendah — Menteri Kesihatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular