HomeUtamaDBKK cadang kekal reka bentuk asal Dewan Masyarakat, fasiliti akan dinaik taraf

DBKK cadang kekal reka bentuk asal Dewan Masyarakat, fasiliti akan dinaik taraf

Read Time:1 Minute, 13 Second

Oleh Erdie Ab Wahid

Kota Kinabalu : Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) bercadang untuk mengekalkan reka bentuk asal Dewan Masyarakat Kota Kinabalu yang terbakar baru-baru ini dalam usaha membaik pulih bangunan bersejarah itu.

Datuk Bandar Kota Kinabalu Datuk Seri Dr Sabin Samitah berkata, pihaknya turut bercadang untuk menaik taraf fasiliti dewan berkenaan agar lebih cantik dan menarik.

“Salah satu cadangan yang utama adalah kita akan cuba mengekalkan reka bentuk dewan dan juga menaik taraf landskap luaran agar nampak lebih cantik, itu pilihan untuk kita cadangkan kepada Kerajaan negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan Hari Sabah dan Kempen Kibar Bendera 2025 di sini pada Jumaat.

Hadir sama, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Datuk Seri Kadzim A Yahya dan Menteri Kewangan Negeri Sabah, Datuk Seri Masidi Majnun.

Majlis pelancaran itu dirasmikan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor. 

Sabin berkata, dewan itu telah mengalami kerosakan lebih 50 peratus terutama bahagian bumbung yang jatuh selain dinding yang sebahagian besarnya menggunakan ‘playwood’

“Jadi benda itu memang cepat terbakar, tapi yang konkrit dia tidak terjejas, jadi pada masa sekarang kita tidak bercadang untuk merobohkan,” katanya 

Sementara itu, Sabin berkata, pihaknya kini menunggu laporan siasatan penuh daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) sebelum mengemukakannya kepada kerajaan negeri bagi melaksanakan kerja pembaikan dewan tersebut. 

Katanya, lawatan ke tapak kejadian turut dilakukan bersama pegawai kanan DBKK, JBPM, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan syarikat insurans serta jurunilai kerosakan untuk menilai impak kebakaran. – Chronivo

RELATED ARTICLES
Utama

800 bungkusan makanan disumbangkan kepada mangsa banjir, petugas di Penampang

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular