HomeUtamaPolis nafi penglibatan anak VIP dalam kes kematian Zara

Polis nafi penglibatan anak VIP dalam kes kematian Zara

Read Time:46 Second

Oleh J. Evachel John

PAPAR: Polis menafikan dakwaan yang tular di media sosial yang mengaitkan penglibatan anak-anak menteri, VIP termasuk ahli keluarga pihak Istana Negeri Sabah dalam kes kematian Zara Qairina Mahathir.

Ketua Polis Daerah Papar, Superintendan Kamaruddin Ambo Sakka berkata, siasatan polis setakat ini tidak menemui sebarang bukti yang menunjukkan penglibatan mana-mana anak vip dalam kes berkenaan.

“PDRM menegaskan bahawa tiada kompromi atau perlindungan akan diberikan kepada mana-mana individu yang disyaki terlibat, tanpa mengira latar belakang mereka,” katanya dalam suatu kenyataan.

Beliau turut menasihatkan orang ramai agar tidak menyebarkan sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan dan menjejaskan proses keadilan.

“Pihak polis memberi jaminan bahawa siasatan sedang dijalankan secara menyeluruh, telus, dan adil demi memastikan keadilan kepada mangsa serta keluarganya,” tegasnya.

LINK BERITA TERDAHULU:
https://chronivo.my/2025/08/01/keluarga-zara-mohon-inkues/

RELATED ARTICLES
Utama

Kenyataan Shafie Tentang Kes Zara Disifatkan Tidak Bertanggungjawab Dan Prejudis

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular