HomeUtamaKebakaran besar musnahkan 26 buah rumah di Kampung Kurnia Jaya Tawau

Kebakaran besar musnahkan 26 buah rumah di Kampung Kurnia Jaya Tawau

Read Time:1 Minute, 16 Second

Oleh Sitti Nor Azizah Talata

TAWAU: Sebanyak 26 buah rumah musnah dalam insiden kebakaran besar yang berlaku di Kampung Kurnia Jaya, di sini, pagi tadi.

Ketua BBP Tawau, Jemishin Ujin berkata, bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian ini tersebut.

Menurutnya, Pusat Gerakan Operasi (PGO) menerima panggilan kecemasan melalui MERS999 pada jam 9:37 pagi.

“Jentera pertama dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau tiba di lokasi pada jam 9:48 pagi dengan jarak perjalanan kira-kira lapan kilometer dari balai.

“Kebakaran memusnahkan keseluruhan kawasan rumah terbabit dan turut terbakar dalam insiden ini adalah sebuah motosikal,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, operasi pemadaman melibatkan 39 anggota bomba dari BBP Tawau dengan bantuan tujuh anggota bomba komuniti serta kerjasama beberapa agensi lain termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) APM, dan Sabah Elektricity.

Katanya, pasukan bomba menggunakan beberapa teknik pemadaman termasuk satu aliran sepanjang 300 kaki dan dua aliran sepanjang 200 kaki yang digerakkan menggunakan pam dari sumber air terbuka (air laut) serta bekalan dari tangki jentera bomba.

Ujarnya, teknik ‘offensive’ dan ‘defensive’ digunakan untuk mengawal dan menghalang kebakaran daripada merebak ke kawasan berhampiran.

Dalama pada itu, katanya, sebanyak 1,300 buah rumah berjaya diselamatkan hasil tindakan pantas dan bersepadu pasukan penyelamat dengan semua penghuni rumah yang terlibat berjaya menyelamatkan diri sebelum ketibaan pasukan bomba.

Operasi berjaya dikawal sepenuhnya pada 10:14 pagi dan berakhir pada 11:45 pagi setelah pemeriksaan keselamatan dilakukan bagi memastikan tiada lagi risiko kebakaran atau bahaya lain di kawasan tersebut manakala punca kebakaran masih dalam siasatan.

RELATED ARTICLES
Utama

Surau, Masjid berpotensi sebagai destinasi dakwah dan pelancongan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular