HomeUtamaBERNAS dekatkan rakyat Sabah dengan industri padi sempena HPPNK 2025

BERNAS dekatkan rakyat Sabah dengan industri padi sempena HPPNK 2025

Read Time:1 Minute, 26 Second

Kota Kinabalu : Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) mempelawa rakyat khususnya di Sabah untuk mendekati dunia sebenar industri padi negara sempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2025.

Sempena HPPNK, BERNAS turut mengalu-alukan kehadiran pengunjung bagi mengunjungi reruai interaktif BERNAS yang dibuka di aras 4 Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) bermula hari ini sehingga Ahad.

Menerusi reruai itu, pengunjung juga boleh meneroka bagaimana padi ditanam, pesawah disokong, dan bagaimana setiap rakyat Malaysia memainkan peranan penting dalam memastikan bekalan makanan negara kekal terjamin.

BERNAS dalam satu kenyataan memaklumkan, peranan BERNAS tidak terhad kepada pengurusan import beras, malah turut memacu transformasi industri padi tempatan menerusi inovasi, pelaburan, serta kerjasama rapat dengan komuniti pesawah.

“Keterjaminan makanan bermula dengan kesedaran. Apabila rakyat memahami jerih perih di sebalik sepinggan nasi, mereka akan lebih menghargainya, dan itulah kekuatan sebenar negara,” menurut kenyataan itu di sini pada Jumaat.

Tumpuan utama tahun ini ialah kejayaan Program SMART Sawah Berskala Besar (SMART SBB) iaitu Model Ala Sekinchan di Kota Belud, yang diperkenalkan pada 2022 hasil kerjasama rapat antara agensi kerajaan negeri dan persekutuan.

Pada musim pertama tahun ini, Kampung Jawi-Jawi mencatat peningkatan hasil sebanyak 21 peratus, naik dari 3.79 MT/Ha kepada 4.59 MT/Ha,  sekali gus meningkatkan pendapatan pesawah dan pengeluaran beras domestik di Sabah.

Kini berkembang ke 10 lokasi di seluruh Kota Belud, program ini melibatkan lebih 80 pesawah aktif dan menggabungkan amalan moden, latihan, bantuan kewangan dan penggunaan jentera untuk memodenkan pertanian dan meningkatkan taraf hidup pesawah luar bandar.

Pelbagai aktiviti interaktif menarik menanti pengunjung di reruai BERNAS, termasuk pengalaman sensori beras bagi mengenali keunikan dan kepelbagaian varieti padi Malaysia, peraduan teka berat beras yang mana dua pemenang berpeluang menerima bekalan beras percuma selama setahun. – Chronivo 

RELATED ARTICLES
Utama

800 bungkusan makanan disumbangkan kepada mangsa banjir, petugas di Penampang

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular