HomeUtamaKarnival Prasekolah serlah potensi anak cilik dan semai nilai murni

Karnival Prasekolah serlah potensi anak cilik dan semai nilai murni

Read Time:1 Minute, 1 Second

Kota Kinabalu : Penganjuran karnival kecemerlangan pendidikan murid Prasekolah berupaya menjadi pentas untuk anak kecil menonjolkan potensi dan memperkasa keyakinan diri.

Pengerusi Pelibatan Ibu Bapa, Komuniti dan Sektor Swasta (PIBKS) Sabah Datuk Mohammad Arif Sakaran berkata, karnival itu juga dapat menanam semangat kerjasama serta nilai murni anak kecil sejak usia awal.

Katanya, menerusi karnival itu, bakat anak kecil dapat dicungkil selain menyemai minat dan kepercayaan diri dapat dibina.

“Saya amat berbangga melihat kecemerlangan yang ditampilkan oleh anak-anak prasekolah kita sepanjang karnival ini, ia termasuklah dari segi persembahan, kreativiti, seni, sukan dan pelbagai lagi aktiviti yang telah berlangsung. 

“Sesungguhnya mereka inilah generasi pewaris negara yang perlu kita bimbing dengan sebaiknya.Terima kasih juga kepada ibu bapa yang turut hadir dan memberi sokongan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Karnival Kecemerlangan Pendidikan Murid Prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia Peringkat Daerah Kota Kinabalu Tahun 2025 di Sekolah Kebangsaan (SK) Sembulan di sini pada Khamis.

Arif berkata, kejayaan pendidikan prasekolah bukan hanya tanggungjawab guru, tetapi merupakan kerjasama erat antara sekolah dan keluarga.

Katanya, pendidikan awal kanak-kanak adalah asas kepada pembinaan masyarakat berilmu, beretika dan seimbang. 

“Maka marilah kita terus menyokong dan memperkasakan pendidikan prasekolah dalam apa jua cara yang kita mampu,” katanya. – Chronivo

RELATED ARTICLES
Utama

Tahap Pengetahuan Kesihatan Rakyat Malaysia Masih Rendah — Menteri Kesihatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular