HomeUtamaDakwaan libatkan keluarga TYT Sabah tidak berasas – Istana

Dakwaan libatkan keluarga TYT Sabah tidak berasas – Istana

Read Time:53 Second

Kota Kinabalu : Istana Seri Kinabalu hari ini menafikan sekeras-kerasnya dakwaan yang tular di media sosial kononnya individu yang terlibat dalam kes yang menyebabkan kematian seorang pelajar tingkatan satu di sebuah sekolah di Papar baru-baru ini adalah keluarga Yang di- Pertua Negeri Sabah.

Setiausaha Perhubungan Kepada Yang di-Pertua Negeri Sabah Datuk Abdulah Hussin berkata, dakwaan tersebut adalah tidak berasas, tidak bertanggungjawab serta bersifat fitnah yang boleh mencemarkan reputasi keluarga Tuan Yang Terutama.

Katanya, orang ramai diminta agar tidak menyebarkan maklumat yang tidak sahih dan berbaur fitnah. 

“Difahamkan, kertas siasatan telah dihantar oleh Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman untuk diperhalusi sebelum diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan di sini pada Khamis.

Abdulah berkata, Istana Seri Kinabalu turut mengingatkan bahawa penyebaran maklumat palsu boleh dikenakan tindakan dibawah undang undang sedia ada termasuk Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Katanya, sebarang perkembangan berkaitan siasatan hendaklah dirujuk kepada pihak Polis atau kepada Kementerian Pendidikan Malaysia bagi mengelakkan kekeliruan dan salah faham orang awam. – Chronivo

RELATED ARTICLES
Utama

Tahap Pengetahuan Kesihatan Rakyat Malaysia Masih Rendah — Menteri Kesihatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular