HomeUtamaWanita didakwa pecah amanah berhubung baucar elektronik TNG

Wanita didakwa pecah amanah berhubung baucar elektronik TNG

Read Time:1 Minute, 0 Second

Oleh J. Evachel John

KOTA KINABALU: Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan pecah amanah melibatkan hasil jualan baucar elektronik (e-voucher) TNG.

Nor Natasya Awani Jimmy, 34, membuat pengakuan tersebut di hadapan hakim Amir Shah Amir Hassan selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya.

Mengikut kerta pertuduhan, Nor Natasya sebagai penyelia Petronas milik Syarikat Menara Cahaya Sdn Bhd yang diamanahkan penguasaan harta syarikat iaitu kutipan penjualan 18 keping e-voucher TNG Pin 100, telah melakukan pecah amanah jenayah dengan curangnya menyalahgunakan harta itu.

Kesalahan itu didakwa dilakukan antara jam 7.37 malam hingga 10.24 malam pada 17 Julai lalu di Jalan Politeknik, KKIP Sepanggar.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara antara satu hingga 14 tahun, sebatan, dan boleh didenda jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 2 September ini untuk pengurusan kes dan membenarkan tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM5,000 bersama dua penjamin tempatan.

Mahkamah turut mengenakan beberapa syarat tambahan termasuk melapor diri di Balai Polis Manggatal setiap bulan serta menyerahkan pasport (jika ada) kepada mahkamah.

Nor Natasya turut dinasihatkan supaya melantik peguam untuk mewakilinya dalam prosiding akan datang.

Timbalan Pendakwa Raya Bryan Francis mengendalikan pendakwaan manakala Nor Natasya tidak diwakili peguam.

RELATED ARTICLES
Utama

Talian penghantaran 275kV Kolopis-Segaliud (No.2) berjaya dipulihkαn

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular