HomeUtamaTitian kanopi Poring ditutup sementara untuk penyelenggaraan

Titian kanopi Poring ditutup sementara untuk penyelenggaraan

Read Time:39 Second

Ranau : Titian Kanopi yang terletak di Substesen Mata Air Panas Poring, Taman Kinabalu akan ditutup sementara kepada orang awam bermula hari ini sehingga diberitahu kelak.

Taman-Taman Sabah (TTS) dalam satu kenyataan memaklumkan, penutupan sementara ini dilaksanakan bagi memberi ruang kepada kerja-kerja penyelenggaraan utama yang bertujuan memastikan keselamatan dan keselesaan para pengunjung.

“Penutupan ini adalah langkah penting bagi menjamin tahap keselamatan pengunjung sepanjang tempoh kerja baik pulih dan penambahbaikan dijalankan. 

“Kami sedang berusaha untuk menyelesaikan penyelenggaraan ini secepat mungkin,” menurut kenyataan itu di sini.

Pihak pengurusan TTS turut memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul dan menghargai kesabaran serta kerjasama semua pihak sepanjang tempoh penutupan.

Sebarang makluman berhubung pembukaan semula Titian Kanopi akan dimaklumkan selepas fasiliti tersebut disahkan selamat untuk digunakan. – Chronivo / FOTO SABAH PARK

RELATED ARTICLES
Utama

Tahap Pengetahuan Kesihatan Rakyat Malaysia Masih Rendah — Menteri Kesihatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular