HomeUtamaPerkhidmatan keretapi Beaufort-Tenom kembali beroperasi 1 Ogos ini

Perkhidmatan keretapi Beaufort-Tenom kembali beroperasi 1 Ogos ini

Read Time:1 Minute, 28 Second

Beaufort : Perkhidmatan keretapi antara Stesen Beaufort dan Stesen Tenom akan kembali beroperasi bermula 1 Ogos ini.

Perkara itu dinyatakan Jabatan Keretapi Negeri Sabah (JKNS) dalam satu kenyataan di sini pada Selasa.

Perkhidmatan keretapi menghubungkan dua daerah itu terputus sejak September 2021 disebabkan kerosakan teruk pada landasan dan infrastruktur akibat banjir besar yang melanda kawasan tersebut.

Makluman pengoperasian perkhidmatan itu juga akan melegakan penduduk setempat yang selama ini bergantung kepada perkhidmatan tersebut bagi urusan harian dan pelancongan.

Perkhidmatan antara stesen Beaufort – Tenom akan dibuka setiap Isnin hingga Sabtu bermula pada jam 7.50 pagi dan 1.30 petang selain Ahad bermula jam 7.50 pagi dan 1 petang.

Manakala bagi perkhidmatan antara stesen Tenom – Beaufort, ianya akan bermula jam 7.30 pagi dan 1 petang pada Isnin hingga Sabtu selain Ahad pada 7.30 pagi dan 12.30 tengah hari.

Langkah penyambungan semula operasi ini dijangka mampu merancakkan semula aktiviti ekonomi dan pelancongan di kawasan pedalaman Sabah, khususnya di daerah Tenom yang terkenal dengan keindahan semula jadi dan tarikan ekopelancongan.

Untuk sebarang maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Stesen Beaufort atau Stesen Tenom, atau melayari laman sesawang rasmi https://railway.sabah.gov.my dan laman Facebook Sabah State Railway Department.

Pihak JKNS turut mengingatkan pengguna supaya sentiasa mematuhi peraturan keselamatan sepanjang menggunakan perkhidmatan keretapi ini.

Terdahulu, banjir yang berlaku telah menyebabkan runtuhan tanah, hakisan tebing sungai, serta kerosakan pada jambatan dan struktur rel, menjadikan laluan itu tidak selamat untuk operasi tren. 

Sejak itu, JKNS telah menjalankan kerja-kerja pembaikan secara berperingkat, termasuk penstabilan cerun, pembaikan jambatan, dan penggantian trek yang rosak.

Selepas hampir empat tahun usaha pemulihan dijalankan, perkhidmatan keretapi antara Beaufort dan Tenom akan disambung semula bermula 1 Ogos 2025. – Chronivo

RELATED ARTICLES
Utama

Sabah cadang beri pendidikan percuma untuk pelajar lanjut ke IPT milik...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular