HomeUtamaPelancaran sambutan Hari Kebangsaan Hari Sabah dan Kempen Kibar Bendera Jalur bertukar...

Pelancaran sambutan Hari Kebangsaan Hari Sabah dan Kempen Kibar Bendera Jalur bertukar ke Magellan Sutera Harbour

Read Time:1 Minute, 1 Second

Kota Kinabalu : Lokasi pelancaran sambutan Hari Kebangsaan Hari Sabah dan Kempen Kibar Bendera Jumaat ini di tukar ke Magellan Sutera Harbour Resort di sini 

Timbalan Ketua Pengarah Sektor Khidmat Pengurusan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, Faradillah Abdul Rani, perubahan lokasi itu adalah susulan insiden kebakaran yang melibatkan Dewan Masyarakat Kota Kinabalu pada Selasa.

Timbalan Ketua Pengarah Sektor Khidmat Pengurusan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, Faradillah Abdul Rani

Katanya, dewan itu merupakan lokasi utama pelancaran sambutan Hari Kebangsaan Hari Sabah dan Kempen Kibar Bendera.

“Saya berharap agar orang ramai terus menyokong sambutan berkenaan dan kami turut mengalu-alukan kehadiran orang ramai untuk datang bersama memeriahkan sambutan ini.

“Terdapat banyak program yang disusun seperti persembahan nyanyian PENTARAMA, pengagihan bendera dan acara kemuncak iaitu pelepasan Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) 2025 anjuran Jabatan Penerangan Negeri Sabah oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media semasa Lawatan Tapak dan Mesyuarat Ringkas Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan Hari Sabah dan Kempen Kibar Bendera 2025 di sini, pada Selasa.

Faradillah turut menasihatkan orang ramai untuk terus mengibarkan bendera sama ada di rumah atau di premis masing-masing bagi menggelorakan lagi sambutan Hari Kebangsaan Hari Sabah dan Kempen Kibar Bendera.-

RELATED ARTICLES
Utama

800 bungkusan makanan disumbangkan kepada mangsa banjir, petugas di Penampang

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular