HomeUtamaDua terselamat dalam kebakaran di The Shore, Kota Kinabalu

Dua terselamat dalam kebakaran di The Shore, Kota Kinabalu

Read Time:1 Minute, 8 Second

KOTA KINABALU: Dua lelaki berjaya diselamatkan selepas terperangkap dalam lif dalam satu insiden kebakaran di tingkat lima kawasan tempat letak kereta bangunan The Shore, di sini awal pagi tadi.

Insiden kebakaran tingkat lima di bangunan The Shore, Kota Kinabaku awal pagi tadi. – Foto ihsan JBPM Sabah

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kebakaran itu pada jam 1.57 pagi.

“Setibanya pasukan bomba mendapati satu kebakaran melibatkan barangan pembinaan dan kira-kira 20 peratus kawasan tempat letak kereta turut terbakar,” katanya dalam satu kenyaataan hari ini.

Dalam insiden itu, terdapat dua mangsa lelaki yang terperangkap dalam lif berjaya diselamatkan oleh pasukan bomba.

“Kedua-dua mangsa diberikan rawatan awal oleh Pasukan Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan (EMRS) selepas mengalami sesak nafas,” katanya.

Operasi pemadaman api dapat dikawal sepenuhnya pada jam 3.25 pagi sebelum ditamatkan sepenuhnya pada jam 3.33 pagi.

Sementara itu pada hari sama, sebuah Dewan Masyarakat di sini musnah 80 peratus dalam kebakaran awal pagi tadi.

Kebakaran Dewan Masyarakat Kota Kinabalu awal pagi tadi. – Foto ihsan JBPM Sabah

Jurucakap PGO, JBPM Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 12.44 pagi dan jentera tiba enam minit kemudian.

Operasi pemadaman api berjaya dikawal pada jam 2.41 pagi sebelum ditamatkan sepenuhnya pada jam 4.08 pagi.

Tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam insiden ini.

RELATED ARTICLES
Utama

Sabah cadang beri pendidikan percuma untuk pelajar lanjut ke IPT milik...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular