HomeUtamaPolis jalankan siasatan terperinci kes kematian pelajar asrama

Polis jalankan siasatan terperinci kes kematian pelajar asrama

Read Time:32 Second

KOTA KINABALU: Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Sabah sedang menjalankan siasatan terperinci berhubung kes kematian seorang pelajar perempuan, yang dipercayai terjatuh dari tingkat tiga asrama di sebuah Sekolah Menengah Agama di Papar.

Mangsa Zara Qairina merupakan pelajar tingkatan satu di sekolah berkenaan dan kejadian tersebut dilaporkan berlaku baru-baru ini.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jauteh Dikun dalam kenyataan medianya hari ini memaklumkan bahawa siasatan menyeluruh sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar insiden tersebut.

“Orang ramai diminta untuk bertenang dan tidak membuat sebarang spekulasi sementara menunggu hasil siasatan lanjut,” katanya.

Beliau turut memberi jaminan bahawa PDRM akan menjalankan siasatan secara menyeluruh dan telus dalam kes ini.

RELATED ARTICLES
EnglishUtama

‘Reckless, Dangerous and Disgusting’: Lawyers Hit Back at Shafie Over Zara...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular