HomeUtamaMetMalaysia keluarkan amaran cuaca buruk di Sabah dan Sarawak

MetMalaysia keluarkan amaran cuaca buruk di Sabah dan Sarawak

Read Time:42 Second

Kota Kinabalu : Beberapa kawasan di Sabah dilaporkan mengalami rebut petir, hujan lebat dan angin kencang  pagi ini sehingga jam 10 pagi nanti.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kemaskini di Facebook memaklumkan, antara kawasan terlibat adalah di Pedalaman melibatkan Sipitang, Kuala Penyu dan Beaufort.

Turut mengalami cuaca sama adalah di Pantai Barat melibatkan Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud.

“Selain itu, daerah Tawau dan Labuan turut dilaporkan mengalami cuaca sama sehingga jam 10 pagi nanti,” menurut kenyataan itu di sini.

Selain Sabah, beberapa kawasan lain di Sarawak turut mengalami cuaca sama.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – Chronivo

RELATED ARTICLES
Utama

Kenyataan Shafie Tentang Kes Zara Disifatkan Tidak Bertanggungjawab Dan Prejudis

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular