HomeUtamaIsu kesihatan bukan agenda politik, 79 beg darah dikumpul

Isu kesihatan bukan agenda politik, 79 beg darah dikumpul

Read Time:1 Minute, 9 Second

Oleh Florieta Diet

KOTA KINABALU: Isu kesihatan dan kesedaran sivik terus diberi keutamaan oleh Biro Kesihatan Exco Wanita Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), membuktikan bahawa program parti tidak semestinya terikat kepada agenda politik semata-mata.

Sebanyak 79 beg darah berjaya dikumpulkan dalam kempen derma darah pada 26 dan 27 Julai yang dianjurkan sempena Persidangan Agung Tahunan Gagasan Rakyat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini, pada Ahad.

Dr Davina

Menurut Pengerusi Biro Kesihatan, Dr. Davina Markus Majihi, kempen tahun ini menunjukkan peningkatan ketara dari segi penyertaan, khususnya dalam kalangan belia dan penderma kali pertama.

“Kesedaran masih rendah dalam kalangan rakyat Sabah, tetapi dengan pendekatan dan insentif yang sesuai, sambutan kali ini amat menggalakkan. Golongan muda menunjukkan komitmen tinggi,” katanya.

Beliau menjelaskan bahawa pasukan biro secara konsisten menjalankan program kesedaran dan pendidikan kesihatan, termasuk menerangkan kepentingan menderma darah.

“Ahli parti juga harus menjadi teladan. Kita mahu semua peringkat ahli tampil membantu masyarakat, bukan sekadar bergiat dalam aktiviti politik,” tambahnya.

Sementara itu, dua penderma darah dari Ranau telah menjadi penderma darah tetap sejak mereka berumur 18 tahun. Jamili Napi, 50, dan Faez Nordin, 42, berkata menderma darah adalah baik untuk kesihatan dan dapat membantu menyelamatkan nyawa ramai orang.

Mereka menyeru orang ramai agar menderma darah kerana amalan itu bukanlah sesuatu yang menyakitkan seperti yang dibayangkan namun kata mereka bahagian yang dicucuk jarum untuk mengambil darah akan dibius terlebih dahulu.

RELATED ARTICLES
EnglishUtama

‘Reckless, Dangerous and Disgusting’: Lawyers Hit Back at Shafie Over Zara...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular