HomePolitikSokongan kepada Gagasan Rakyat, mahu agenda pembangunan diteruskan

Sokongan kepada Gagasan Rakyat, mahu agenda pembangunan diteruskan

Read Time:1 Minute, 58 Second

Oleh Florieta Diet

KOTA KINABALU: Gagasan Rakyat Sabah terus menerima sokongan padu daripada para perwakilan dari seluruh negeri yang hadir pada Persidangan Agung Tahunan Gagasan Rakyat 2025 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini, pada Ahad.

Rata-rata menyatakan keyakinan bahawa hanya kerajaan pimpinan Gagasan Rakyat mampu meneruskan agenda pembangunan yang sedang rancak dilaksanakan di Sabah.

Hasnal Kamis, Bendahari Bahagian Gagasan Rakyat Bongawan, berkata Gagasan Rakyat merupakan parti tempatan terbesar dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang kini menerajui pentadbiran negeri.

“Sepanjang pentadbiran GRS, pelbagai bantuan telah disalurkan termasuk bantuan pendidikan, pembinaan rumah di bawah skim Rumah Mesra SMJ, serta pelaksanaan program Sentuhan Kasih Rakyat. Jalan-jalan kampung turut dinaik taraf di pelbagai kawasan termasuk kawasan saya sendiri,” katanya.

Beliau turut menyeru agar rakyat Sabah terus memberikan mandat kepada GRS bagi memastikan kesinambungan pembangunan dan bantuan kepada rakyat.

“Gagasan Rakyat adalah parti yang dipimpin oleh anak jati Sabah. Sama seperti pendekatan kerajaan negeri Sarawak, keputusan dibuat berdasarkan keperluan rakyat tempatan tanpa terlalu bergantung kepada Kerajaan Persekutuan,” tambahnya.

Sementara itu, Naib Ketua Bahagian Sungai Sibuga, Muktar Osin, turut hadir ke persidangan meskipun berkerusi roda, menunjukkan komitmennya terhadap perjuangan parti.

“Saya yakin rakyat di kawasan saya memberi sokongan penuh kepada kerajaan hari ini kerana banyak membantu rakyat di kawasan kami.

“Isu tekanan air rendah yang sebelum ini membelenggu penduduk berjaya diselesaikan. Jalan raya juga telah dinaik taraf, pemberian rumah SMJ juga ada dan banyak lagi,” katanya, sambil memaklumkan bahawa lebih 60 cawangan Gagasan Rakyat di Sibuga teguh menyokong kerajaan sedia ada.

Ketua Pusat Daerah Mengundi Mukim Kuala Pos, Aini Leong Ah Sui, turut menyatakan bahawa lebih 70 peratus daripada 1,489 pengundi di kawasannya menyokong Gagasan Rakyat.

“Kami terus turun padang sejak parti ini ditubuhkan. Kami tidak menyerang mana-mana parti lawan, sebaliknya berkempen dengan menonjolkan kebaikan Gagasan Rakyat.

“Mengenai pembangunan di kawasan saya sahaja, lima buah rumah SMJ telah diluluskan di empat kampung. Mereka ini adalah antara yang sangat memerlukan rumah tersebut. Selain itu, hampir semua warga emas serta kanak-kanak dari keluarga kurang berkemampuan menerima bantuan kebajikan,” jelasnya.

Dalam pada itu, seorang ibu tunggal dari Bongawan, Hasrinda Hamdu, turut berkongsi kegembiraannya apabila permohonan rumah SMJ akhirnya diluluskan di bawah pentadbiran GRS.

“Saya pernah membuat lima permohonan sebelum ini, namun hanya di bawah kerajaan ini barulah permohonan saya diluluskan. Saya amat bersyukur kerana dapat menyediakan tempat tinggal yang selesa buat dua orang anak saya,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Tahap Pengetahuan Kesihatan Rakyat Malaysia Masih Rendah — Menteri Kesihatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular