HomeUtamaSMK Kunak Jaya (B) juara Pertandingan Pengisahan Kenegaraan@Kelab Malaysiaku 2025 Negeri Sabah

SMK Kunak Jaya (B) juara Pertandingan Pengisahan Kenegaraan@Kelab Malaysiaku 2025 Negeri Sabah

Read Time:1 Minute, 31 Second

Kota Kinabalu : Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kunak Jaya (Pasukan B) muncul juara pertandingan Pengisahan Kenegaraan Peringkat Negeri Sabah pada tahun ini.

Manakala, SMK Kunak Jaya (Pasukan A) muncul naib juara disusuli SMK Putatan di tempat ketiga seterusnya SMK Bandau Kota Marudu, SMK Bandaraya Kota Kinabalu dan SMK Menumbok Kuala Penyu masing-masing di tempat keempat, kelima dan keenam.

Timbalan Pengarah Penerangan, Supian Musa berkata, tujuan pertandingan itu dianjurkan adalah untuk melahirkan rasa cinta dan bangga sebagai rakyat Malaysia terutamanya dalam kalangan pelajar sekolah.

“Selain ini, mereka dapat mengenali tokoh-tokoh seni dan tokoh-tokoh yang berkaitan dengan pembangunan negara.

“Melalui pertandingan ini juga, mereka dapat mengetahui apakah pengorbanan tokoh-tokoh ini kepada negara dalam menuntut kemerdekaan selain sumbangan mereka terhadap seni dan budaya negara kita.

“Dengan adanya pertandingan ini, pelajar dapat mengetahui sumbangan-sumbangan dan jasa bakti yang telah disumbangkan oleh tokoh-tokoh ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas sesi penilaian Pertandingan Akhir Pengisahan Kenegaraan Peringkat Negeri Sabah di sini, baru-baru ini.

Pengumuman rasmi keputusan akhir pertandingan berkenaan berlangsung di laman sosial Facebook Jabatan Penerangan Negeri Sabah, pada Sabtu.

Supian yang juga Ketua Hakim Pertandingan Pengisahan Kenegaraan Peringkat Negeri Sabah itu berkata, pertandingan sedemikian dapat menyemarak dan menggelorakan semangat cinta negara dan cinta Jalur Gemilang sempena Hari Kebangsaan pada 31 Ogos nanti.

“Apa yang saya lihat selepas lebih lima tahun menjadi ketua hakim pertandingan ini adalah pasukan-pasukan mula menampakkan peningkatan dan mereka boleh mengolah sejarah dan cerita berkenaan tokoh-tokoh yang dipilih.

“Kita mengharapkan pelajar-pelajar ini dapat menghayati tokoh-tokoh ini dengan lebih baik seterusnya dapat dicerita dan dikomunikasikan secara teater,” katanya.

Selaku johan, SMK Kunak Jaya (B) akan mewakili Sabah ke saringan Pertandingan Pengisahan Peringkat Kebangsaan secara rakaman video yang akan berlangsung Ogos depan dan enam pasukan terbaik akan berentap secara bersemuka pada 16 September.

RELATED ARTICLES
Utama

Kenyataan Shafie Tentang Kes Zara Disifatkan Tidak Bertanggungjawab Dan Prejudis

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular