HomeUtamaKepimpinan berjiwa rakyat dorong wanita muda sertai Beliawanis Gagasan Rakyat

Kepimpinan berjiwa rakyat dorong wanita muda sertai Beliawanis Gagasan Rakyat

Read Time:59 Second

Oleh J. Evachel John

KOTA KINABALU: Kepimpinan berjiwa rakyat dan pelaksanaan program akar umbi menjadi pemangkin utama penyertaan wanita muda Sabah dalam Beliawanis Gagasan Rakyat.

Bagi perwakilan Beliawanis Gagasan Rakyat Sebatik, Zamliah Nulah, 39, beliau menyertai Beliawanis sejak awal penubuhannya kerana percaya kepada perjuangan dan pendekatan parti yang dekat dengan rakyat.

Zamliah

“Saya memang berminat dengan parti ini sejak awal lagi. Gagasan Rakyat adalah parti terbaik untuk kami kerana pemimpinnya berjiwa rakyat dan bertanggungjawab membantu komuniti,” katanya ketika ditemui sempena Persidangan Agung Tahunan Beliawanis 2025 di SICC, hari ini.

Zamliah berkata, Beliawanis semakin popular kerana wanita muda melihat sendiri komitmen pemimpin parti turun padang membantu rakyat, antaranya melalui sumbangan dan program kemasyarakatan di peringkat kawasan.

“Contoh di kawasan kami, pemimpin kami, Datuk Hassan A Gani Pg. Amir, sendiri turun padang dan bantu rakyat secara langsung. Itu yang memberi keyakinan kepada kami untuk terus menyokong perjuangan parti,” katanya.

Tambahnya, Beliawanis turut memainkan peranan aktif menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) yang dijangka berlangsung tidak lama lagi.

“Persediaan kami sudah bermula. Kami akan pastikan gerak kerja lebih tersusun dan mantap untuk menghadapi PRN,” ujarnya sambil menambah semakin ramai wanita muda menyertai Beliawanis sekaligus mengukukah lagi sokongan terhadap Gagasan Rakyat.

RELATED ARTICLES
Utama

Tahap Pengetahuan Kesihatan Rakyat Malaysia Masih Rendah — Menteri Kesihatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular