HomeUtamaBeliawanis fokus medan lapangan, serah soal kerjasama politik kepada pimpinan - Noorazmahirah

Beliawanis fokus medan lapangan, serah soal kerjasama politik kepada pimpinan – Noorazmahirah

Read Time:1 Minute, 33 Second

Oleh Erdie Ab Wahid

Kota Kinabalu : Pergerakan Beliawanis Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) menyerahkan sepenuhnya kepada kebijaksanaan pimpinan tertinggi parti berhubung strategi politik bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 akan datang.

Naib Ketua Beliawanis Gagasan Rakyat Noorazmahirah Noorzain berkata, ia termasuklah  bertanding secara solo atau menjalin kerjasama dengan parti lain pada pilihan raya berkenaan.

Katanya, jentera Beliawanis tidak seharusnya terjebak dalam perdebatan strategi politik, sebaliknya perlu memberi tumpuan kepada aspek pelaksanaan di peringkat akar umbi dan kesiapsiagaan yang menyeluruh.

“Tugas kita bukan untuk berdebat soal dominasi, tetapi untuk pastikan kita benar-benar bersedia dari segi fizikal, mental, spiritual dan taktikal,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan penggulungannya sempena Persidangan Agung Tahunan Beliawanis 2025 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini pada Sabtu.

Noorazmahirah menyeru agar jentera wanita muda memperkuat pengaruh di lapangan, memperkemas penguasaan media sosial, dan menyampaikan mesej politik yang tepat, telus dan menyentuh hati rakyat terutamanya pengundi muda yang kini menjadi kuasa penentu dalam landskap politik moden.

Katanya, wanita muda tidak boleh lagi dilihat sekadar sebagai pengundi atau pelengkap kempen, sebaliknya harus diberikan peranan lebih aktif sebagai pemimpin komuniti dan agen perubahan dalam masyarakat.

“Wanita muda hari ini bukan lagi penonton, tetapi pemain utama dalam mencorak masa depan negeri Sabah,” katanya.

Noorazmahirah turut memberi peringatan penting bahawa rakyat Sabah kini semakin bijak menilai dan sedang memerhati gelagat politik setiap parti, termasuk bagaimana barisan kepimpinan dan jentera mengurus perbezaan dan menyusun kekuatan.

“Rakyat hanya akan memberi sokongan kepada barisan yang kukuh, tersusun, dan menunjukkan disiplin dalam perjuangan,” tambahnya lagi.

Beliau menekankan bahawa dalam suasana politik yang mencabar dan penuh dengan cabaran persepsi, kesatuan serta fokus kepada matlamat bersama adalah kunci utama kepada kejayaan pilihan raya.

“Kita tidak boleh leka dengan drama atau polemik dalaman. Tumpuan kita mesti jelas, iaitu untuk membawa kemenangan kepada parti dengan kekuatan sebenar di lapangan,” tambah beliau. – Chronivo

RELATED ARTICLES
Utama

Tahap Pengetahuan Kesihatan Rakyat Malaysia Masih Rendah — Menteri Kesihatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular