HomeUtamaPenutupan kecemasan terminal gas Petronas punca catuan bekalan elektrik

Penutupan kecemasan terminal gas Petronas punca catuan bekalan elektrik

Read Time:1 Minute, 16 Second

KOTA KINABALU: Penutupan secara kecemasan terminal gas milik Petronas pada Rabu menyebabkan bekalan gas ke beberapa stesen janakuasa terjejas dan memaksa Sabah Electricity Sdn.Bhd (Sabah Electricity) melaksanakan catuan terhadap bekalan elektrik pada Rabu secara bergilir di beberapa kawasan di negeri Sabah.

Menurut Ketua Pegawai Operasi Sabah Electricity, Ir.Ts. Mohd Yusmanizam Mohd Yusof terminal gas milik Petronas melakukan penutupan kecemasan pada jam 14.11 petang pada Rabu.

“Situasi ini menyebabkan bekalan gas ke beberapa stesen janakuasa sekitar Kota Kinabalu terjejas dan memaksa stesen janakuasa tersebut menukar bahan api daripada gas ke diesel, seterusnya menyebabkan penjanaan grid Sabah dan Labuan mengalami pengurangan kapasiti penjanaan sebanyak 60MW,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Tambah beliau, catuan bekalan yang bermula pada jam 2.38 petang sehingga jam 4.53 petang itu melibatkan pengguna di kawasan Pitas, Papar, Keningau, Kunak, Balung dan Tawau. Manakala catuan bekalan kedua dilaksanakan pada jam 6.38 petang untuk kawasan Kudat, Pitas, Kota Marudu, Tuaran, Lok Kawi, Kimanis, Beaufort, Tenom, Nabawan, Beluran, Sandakan, Kunak, Sempoma, Tawau dan Sebatik.

“Bekalan disalurkan sepenuhnya pada jam 9.36 mala.

“Sabah Electricity memahami kesulitan yang dialami oleh pengguna ketika berlaku gangguan bekalan elektrik serta memohon maaf atas kelewatan pemakluman kepada pengguna,” ujarnya.

Namun pada masa yang sama, beliau memohon kerjasama para pengguna untuk turut memahami kekangan-kekangan yang dihadapi oleh Sabah Electricity dalam memberikan perkhidmatan yang stabil kepada pengguna.

Para pengguna dinasihatkan untuk menghubungi Sabah Electricity melalui Sabah Electricity Careline 15444, 088-515000 atau melalui aplikasi Whatsapp 019-852 5427 dan melalui aplikasi Sabah Electricity.

RELATED ARTICLES
Utama

Bantuan, pampasan insurans untuk keluarga mangsa tanah runtuh

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular