HomeUtamaPenyelia premis didenda RM5,000 jual bahan Al-Quran mengandungi kesilapan

Penyelia premis didenda RM5,000 jual bahan Al-Quran mengandungi kesilapan

Read Time:1 Minute, 17 Second

Oleh J. Evachel John

KOTA KINABALU: Seorang penyelia premis dikenakan denda RM5,000 atau penjara tujuh bulan jika gagal membayar denda, kerana menjual bahan mengandungi teks Al-Quran yang mempunyai kesilapan.

Saadiah Jaidin, 43, mengaku bersalah di hadapan Majistret Marilyn Kelvin terhadap pertuduhan di bawah Seksyen 14(1) Akta Pencetakan Teks Al-Quran 1986 (Pindaan 2023).

Mengikut kertas pertuduhan, Saadiah didapati telah menawarkan untuk jualan 11 unit bingkai Surah Yasin, satu unit bingkai jam ayat Al-Quran, dan 10 unit bingkai Ayat Kursi serta Kalimah Allah dan Muhammad, yang kesemuanya mempunyai sesuatu teks Al-Quran yang mengandungi kesilapan.

Kesalahan itu dilakukan pada 25 Mac 2025, jam lebih kurang 12.25 tengahari, bertempat di salah sebuah kedai di 1 Borneo Hypermall, Jalan Sulaman.

Bagi kesalahan itu, tertuduh boleh dihukum di bawah Seksyen 14(2) Akta yang sama, yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mengikut fakta kes, pasukan penguat kuasa dari Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan, Kementerian Dalam Negeri Sabah telah menjalankan pemeriksaan di premis tersebut.

Barang-barang tersebut dijumpai di rak jualan premis dan disyaki melanggar Seksyen 14 (1) Akta Pencetakan Teks Al-Quran 1986 (Pindaan 2023) (Akta 326).

Hasil siasatan lanjut oleh pegawai penyiasat dan semakan serta perakuan oleh Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam, Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan Negeri Sabah, mendapati terdapat kandungan teks dan bahan Al-Quran yang mengandungi kesilapan serta tidak mengikut kaedah penulisan yang ditentukan oleh Lembaga.

Penolong Pegawai Penguatkuasa, Kementerian Dalam Negeri, N. Kelosius Samuil mengendalikan pendakwaan.

RELATED ARTICLES
EnglishUtama

‘Reckless, Dangerous and Disgusting’: Lawyers Hit Back at Shafie Over Zara...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular