HomeUtama'Mini Putrajaya' bangunan persekutuan pertama guna tenaga hijau solar

‘Mini Putrajaya’ bangunan persekutuan pertama guna tenaga hijau solar

Read Time:1 Minute, 46 Second

Kota Kinabalu: Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah (KPKPS) kini menjadi bangunan persekutuan pertama di Sabah yang menggunakan tenaga hijau solar dengan kapasiti besar.

Setiausaha Persekutuan Sabah Datuk Seri Rosli Isa berkata, projek yang telah siap itu akan memberikan penjimatan besar dari sudut kos penggunaan elektrik dan melestarikan penggunaan tenaga hijau solar di Sabah.

“Ini menandakan satu pencapaian besar dalam landskap pengurusan bangunan kerajaan.

“Dengan siapnya pemasangan sistem solar berkapasiti 1 Megawatt (MW), Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah kini menjadi bangunan kerajaan persekutuan pertama di Negeri Sabah yang menggunakan tenaga hijau solar dengan kapasiti sebesar ini dalam operasinya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Penyerahan Projek Pemasangan Sistem Solar di KPKPS, di sini baru-baru ini.

Rosli berkata, projek itu telah direalisasikan melalui peruntukan sekali bayar sebanyak RM6 juta daripada Kementerian Ekonomi yang disalurkan melalui pihak Sabah Economic Development and Investment Authority (SEDIA).

“Bahagian Pengurusan Fasiliti, Kementerian Kerja Raya (KKR) telah bertindak sebagai agensi pelaksana projek, manakala pelaksanaan di lapangan telah dikendalikan oleh pihak konsesi iaitu Kombinasi Saudagar Sdn Bhd.

“Rekabentuk ini bukan sahaja praktikal, malah menzahirkan komitmen terhadap teknologi mesra alam,” katanya

Tambah beliau, selain penjimatan kos elektrik projek ini turut menyumbang kepada pembangunan negara yang lebih hijau, bersih dan berdaya tahan.

“Dari segi impak kewangan, sistem ini dijangka dapat mengurangkan bil elektrik bulanan sehingga RM71,000, dan seterusnya menyumbang kepada penjimatan yang mencecah RM4,260,000.00 untuk tempoh 5 tahun.

“Pelaburan dalam teknologi hijau ini membuktikan bahawa pendekatan lestari boleh menghasilkan pulangan ekonomi yang mampan.

“Projek ini sejajar dengan Dasar Teknologi Tenaga Boleh Baharu (TBB) kerajaan dan bertujuan untuk mengurangkan jejak karbon (carbon footprint) CO2, seterusnya menyokong matlamat pembangunan negara yang lebih hijau, bersih dan berdaya tahan.

“Semoga inisiatif ini akan menjadi pemangkin kepada lebih banyak projek teknologi hijau demi kemakmuran Sabah dan kesejahteraan Malaysia secara keseluruhannya,” katanya.

Projek dengan peruntukan sebanyak RM 6 juta secara one off daripada Kementerian Ekonomi itu mengambil masa lapan bulan untuk disiapkan bermula Oktober 2024.

Turut hadir Datuk Dr. Roland Chia Ming Shen Pengarah Sabah Oil & Gas Development Corporation (SOGDC) dan Setiausaha Bahagian, Bahagian Pengurusan Fasiliti Kementerian Kerja Raya Helene Remeo.

RELATED ARTICLES
Utama

Surau, Masjid berpotensi sebagai destinasi dakwah dan pelancongan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular