HomeUtamaGempa bumi kuat landa Sulawesi, gegaran dirasai di Sabah

Gempa bumi kuat landa Sulawesi, gegaran dirasai di Sabah

Read Time:45 Second

Kota Kinabalu :  Satu gempa bumi kuat berukuran 6.3 magnitud dilaporkan berlaku di Semenanjung Minahassa, Sulawesi awal pagi tadi, mencetuskan gegaran yang turut dirasai di beberapa kawasan di Sabah.

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam satu kenyataan memaklumkan, gempa itu berlaku pada jam 4:50 pagi pada kedalaman 131 kilometer dengan koordinat 0.4° Utara dan 122.0° Timur, kira-kira 120 kilometer barat dari Gorontalo, Indonesia.

Beberapa kawasan di Pantai Timur Sabah, khususnya di bahagian Tawau dan Lahad Datu, dilaporkan merasai gegaran berkenaan. 

Setakat ini, tiada kerosakan atau kecederaan dilaporkan.

METMalaysia dalam satu kenyataan turut mengesahkan bahawa tiada ancaman tsunami kepada Malaysia susulan kejadian tersebut.

Orang awam yang merasai gegaran akibat gempa bumi ini diminta untuk mengisi borang soal selidik yang disediakan METMalaysia di pautan berikut:
🔗 https://forms.gle/1J6zmY818Gkeh2yK8

Orang ramai dinasihatkan agar kekal tenang dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini melalui saluran rasmi METMalaysia.

RELATED ARTICLES
Utama

Kenyataan Shafie Tentang Kes Zara Disifatkan Tidak Bertanggungjawab Dan Prejudis

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular