HomeUtamaDatuk didakwa menipu bantu dapatkan gelaran Dato' dari negeri Pahang

Datuk didakwa menipu bantu dapatkan gelaran Dato’ dari negeri Pahang

Read Time:1 Minute, 21 Second

Oleh J. Evachel John

KOTA KINABALU: Seorang ahli perniagaan bergelar Datuk mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah hari ini atas tiga pertuduhan menipu bagi mendapatkan gelaran Dato’ dari negeri Pahang.

Ling How Ee, 40, membuat pengakuan itu di hadapan hakim Mahkamah Seysen Jason Juga.

Bagi pertuduhan pertama hingga ketiga, Ling didakwa menipu Dennis Chong dan mendorong mangsa memindahkan wang RM2,500; RM500, dan RM3,000 ke akaun milik tertuduh, kononnya bagi pembelian emas aksesori Baju Istiadat, untuk tertuduh membantu mendapatkan darjah kebesaran membawa gelaran Dato’ dari negeri Pahang, sedangkan tertuduh tidak ada kuasa untuk berbuat demikian.

Kesalahan itu masing-masing dilakukan pada 19 April 2023, 20 April 2023 dan 17 Mei 2023 bertempat di HSBC Bank cawangan Kota Kinabalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen dan Kanun yang sama yang memperuntukkan pemenjaraan tidak kurang dari satu tahun dan tidak lebih dari sepuluh tahun, dan dengan sebat, dan hendaklah juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 3 September sebagai tarikh pengurusan kes sebelum perbicaraan penuh.

Tertuduh dibenarkan diikat jamin RM10,000 dengan RM3,000 deposit beserta seorang penjamin tempatan.

Mahkamah turut mengenakan syarat tambahan seperti yang dipohon oleh pihak pendakwaan kepada tertuduh iaitu untuk melapor diri kepada SPRM sekali dalam tempoh dua bulan, menyerahkan pasport kepada mahkamah, serta dilarang mendekati atau mengganggu saksi pendakwaan sepanjang tempoh kes berjalan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Nurul Izzati Sapifee menawarkan jaminan sebanyak RM12,000 beserta beberapa syarat tambahan kepada tertuduh sekiranya mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin.

Peguam Ngui Kuang Kee @ George Ngui meminta jumlah jaminan dikurangkan memandangkan tertuduh mempunyai tanggungan dan masalah kesihatan termasuk obesiti.

RELATED ARTICLES
Utama

Kenyataan Shafie Tentang Kes Zara Disifatkan Tidak Bertanggungjawab Dan Prejudis

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular