HomeUtamaPengumuman khas PMX petunjuk asas ekonomi Malaysia kukuh 

Pengumuman khas PMX petunjuk asas ekonomi Malaysia kukuh 

Read Time:54 Second

Kota Kinabalu: Kerajaan Negeri melihat Pengumuman Khas oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi meringankan kos sara hidup rakyat sebagai petunjuk kepada asas ekonomi negara yang kukuh di bawah Kerajaan Madani. 

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata Kerajaan Negeri menyambut baik inisiatif berteraskan rakyat tersebut kerana ia bertujuan mengurangkan beban yang ditanggung oleh rakyat. 

“Ia menunjukkan bahawa Perdana Menteri benar-benar mengambil berat terhadap kepentingan rakyat,” katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Rabu 

Hajiji berkata bantuan one-off RM100 kepada semua warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas bagi membeli barangan asas di 4,100 premis perniagaan, serta peluasan jualan Rahmah Madani ke setiap kawasan Dewan Undangan Negeri, merupakan berita baik kepada rakyat. 

Beliau turut menyambut baik penurunan harga petrol RON95 kepada RM1.99 seliter melalui inisiatif subsidi bersasar, yang dijangka memberi manfaat kepada lebih 18 juta rakyat Malaysia, sebagai satu langkah yang menepati aspirasi rakyat. 

“Pengisytiharan hari sebelum Hari Malaysia (15 September) sebagai cuti umum merupakan pengiktirafan Kerajaan Persekutuan terhadap kepentingan hari istimewa ini untuk seluruh negara,” katanya. 

RELATED ARTICLES
EnglishUtama

‘Reckless, Dangerous and Disgusting’: Lawyers Hit Back at Shafie Over Zara...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular