HomeUtamaLelaki dipenjara 1 hari, denda RM25 ugut isteri

Lelaki dipenjara 1 hari, denda RM25 ugut isteri

Read Time:1 Minute, 12 Second

Oleh J. Evachel John

KOTA KINABALU: Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara satu hari dan denda RM25 atau penjara sehari lagi jika gagal membayar denda, selepas mengaku bersalah mengugut isterinya berhubung keselamatan anak mereka.

Alwisus Igo Tadorus, 31, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Dzul Elmy Yunus.

Dia mengaku mendatangkan kegusaran terhadap isterinya yang berusia 32 tahun pada 17 Julai lalu jam 9 malam di kuaters pekerja, Taman Keramat.

Ketika menjatuhkan hukuman, Majistret menasihati tertuduh agar menyelesaikan masalah rumah tangga dengan matang dan tidak melibatkan anak-anak.

“Selesaikan masalah dengan isteri secara baik. Kamu sudah dewasa, bertindaklah cara dewasa dan matang. Kesian dengan anak-anak,” katanya.

Semasa rayuan, tertuduh dilihat menangis sambil menutup wajah dan mengesat air mata. Dengan suara sebak, dia memohon agar dikenakan hukuman ringan kerana mempunyai tiga anak yang masih bersekolah dan tidak mahu persekolahan mereka terganggu.

Timbalan Pendakwa Raya Kareena Kaur Gill Karamjit Singh meminta hukuman setimpal sambil menegaskan ayat yang dikatakan oleh tertuduh kepada isterinya agak membimbangkan.

Terdahulu mahkamah mendengar bahawa, berlaku pertengkaran antara tertuduh dan isterinya selepas wanita itu mengetahui suaminya mempunyai hubungan sulit. Tertuduh, bagaimanapun tidak mengaku mempunyai hubungan sulit.

Semasa pertengkaran, tertuduh mengugut dengan berkata:” kalau saya bercerai dengan kau dan saya tidak dapat hak penjagaan anak-anak, itu anak mati di tangan saya itu supaya kita dua-dua tiada anak”.

Isteri tertuduh kemudiannya membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.

Mahkamah turut dimaklumkan bahawa pasangan itu telah berkahwin hampir 13 tahun.

RELATED ARTICLES
Utama

Kenyataan Shafie Tentang Kes Zara Disifatkan Tidak Bertanggungjawab Dan Prejudis

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular