HomeUtamaRemaja mengaku tidak bersalah rogol sepupu

Remaja mengaku tidak bersalah rogol sepupu

Read Time:51 Second

Oleh J. Evachel John

KOTA KINABALU: Seorang remaja mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan merogol sepupunya.

Lelaki berusia 19 tahun itu didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan pertama, tertuduh didakwa merogol mangsa yang ketika itu berumur tujuh tahun pada pertengahan tahun 2019, antara jam 6 hingga 7 petang, di sebuah rumah dalam daerah Tuaran.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa merogol mangsa yang sama ketika berusia 12 tahun pada 10 Ogos 2024, antara jam 6 dan 7 pagi, juga di sebuah rumah dalam daerah Tuaran.

Hakim Amir Shah Amir Hassan membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan dua penjamin tempatan bagi setiap pertuduhan, dan menetapkan 27 Ogos sebagai tarikh sebutan kes sebelum perbicaraan.

Mahkamah turut mengenakan syarat tambahan sebagaimana dimohon oleh pihak pendakwaan, iaitu tertuduh perlu melapor diri di balai polis pada setiap 1 haribulan, menyerahkan pasport kepada mahkamah, dan tidak mengganggu saksi pendakwaan.

Timbalan Pendakwa Raya Bryan Francis mengendalikan pendakwaan.

RELATED ARTICLES
EnglishUtama

‘Reckless, Dangerous and Disgusting’: Lawyers Hit Back at Shafie Over Zara...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular