HomeUtamaLebih 100 sekolah terima nafas baharu menerusi inisiatif BALKIS

Lebih 100 sekolah terima nafas baharu menerusi inisiatif BALKIS

Read Time:1 Minute, 45 Second

Oleh Normimie Diun

SIPITANG: Inisiatif Bantuan Penyelenggaraan Kecil Sekolah (BALKIS) akan terus dilaksanakan melibatkan sekolah-sekolah di seluruh Sabah, khususnya bagi menangani keperluan penyelenggaraan kecil yang mendesak.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi merangkap Exco Hal Ehwal Agama dan Pendidikan Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata, BALKIS merupakan salah satu daripada 14 inisiatif pendidikan di bawah kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, dengan jumlah keseluruhan peruntukan melebihi RM70 juta.

“BALKIS sendiri melibatkan peruntukan kira-kira RM6 juta untuk membaik pulih kemudahan di 110 buah sekolah di seluruh Sabah termasuk sepuluh buah sekolah di kawasan Parlimen Sipitang turut menerima bantuan ini.

“Ini selari dengan keprihatinan kerajaan negeri terhadap usaha memperkasa bidang pendidikan melalui pelbagai pendekatan sama ada bantuan kepada pelajar menerusi program Bantuan pendidikan kepada pelajar (BUDI), Bantuan untuk institusi atau organisasi (BAIK) dan Bantuan infrastruktur sekolah (BISBA) mahupun sokongan kepada sekolah serta organisasi berkaitan pendidikan,” katanya ketika ditemui media selepas menyampaikan bantuan BALKIS di Pejabat Daerah Sipitang pada Isnin (21 Julai).

Pada majlis sama, sebanyak RM500,000 sumbangan BALKIS daripada Pejabat Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah (Tugas-Tugas Khas) telah diserahkan untuk kegunaan penyelenggaraan kecil sepuluh buah sekolah di kawasan Parlimen Sipitang.

“Mudah-mudahan ada manfaatnya dan ini tidak terhad kepada Sekolah Kebangsaan, Sekolah Kebangsaan, Sekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah Agama Negeri, Sekolah Menengah Agama Negeri tetapi Sekolah Cina pun termasuk untuk pembaikan ini,”jelas Mohd Arifin.

Menurutnya, inisiatif BALKIS ini bertujuan untuk sekolah yang dikenal pasti memerlukan penyelenggaraan kecil seperti baik pulih bilik darjah, tandas, bangunan dan kemudahan asas lain, dicadangkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan juga wakil rakyat setempat.

Katanya, bantuan kerajaan negeri adalah khusus bagi projek berskala kecil yang boleh dilaksanakan segera, berbeza dengan projek sekolah daif yang menjadi bidang kuasa Kementerian Pendidikan Malaysia.

“Selain BALKIS, kerajaan negeri juga telah memperkenalkan beberapa inisiatif lain seperti program Sumbangan Kegiatan Sekolah Sabah (SUKSES) yang membolehkan sekolah  melaksanakan aktiviti mereka.

“Kita juga ada program Bantuan Aktiviti PIBG (BAGUS) dan Bantuan khas untuk sekolah dan pertubuhan pendidikan (BANTU) yang menyokong aktiviti pendidikan sama ada di peringkat sekolah atau organisasi yang berkaitan,” tambah beliau lagi.

RELATED ARTICLES
Utama

800 bungkusan makanan disumbangkan kepada mangsa banjir, petugas di Penampang

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular