Oleh Florieta Diet
Kota Kinabalu — Sabah Mineral Management Sdn Bhd (SMM) hari ini menafikan sekeras-kerasnya dakwaan bahawa ia pernah mengeluarkan lesen eksplorasi kepada Bumi Suria Sdn Bhd, sambil menyatakan kesediaan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang terus menyebarkan maklumat tidak berasas itu.
Ketua Pegawai Eksekutif SMM, Natasha Sim, berkata agensi itu tidak mempunyai bidang kuasa atau jurisdiksi untuk meluluskan atau mengeluarkan lesen mineral, justeru menolak sepenuhnya dakwaan yang dilaporkan portal di dalam talian sebelum ini.
“SMM bukanlah agensi yang mempunyai kuasa atau jurisdiksi untuk mengeluarkan apa-apa lesen mineral,” katanya ketika dihubungi Chronivo hari ini.
Beliau menegaskan, nama syarikat Bumi Suria Sdn Bhd juga tidak pernah disenaraikan dalam sebarang kelulusan atau penganugerahan lesen sejak SMM ditubuhkan.
“Kalau laporan palsu ini berterusan, kami akan ambil tindakan undang-undang terhadap portal atau individu yang menyebarkannya,” tegasnya.
Sementara itu, ahli perniagaan Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak melalui peguamnya telah menghantar surat cease and desist kepada MalaysiaNow, menuntut portal berkenaan menarik balik dakwaan serta membuat permohonan maaf terbuka dalam tempoh 48 jam.
Farhash turut menafikan dakwaan tersebut dan menyifatkan laporan itu sebagai “palsu dan berunsur fitnah”. Sekiranya tuntutan itu tidak dipenuhi, tindakan undang-undang akan diambil terhadap portal berkenaan serta individu yang terlibat.
Terdahulu, satu laman portal dibdalam talian, melaporkan bahawa SMM telah menganugerahkan lesen penerokaan kepada Bumi Suria Sdn Bhd bagi perlombongan arang batu, dengan syarikat itu didakwa diberikan hak eksklusif meneroka kawasan seluas 70,000 hektar di Hutan Simpan Kalabakan dan Gunung Rara, berhampiran sempadan Kalimantan.
luas 70,000 hektar di Hutan Simpan Kalabakan dan Gunung Rara berhampiran sempadan Kalimantan.
Bagaimanapun, Sim menegaskan bahawa tiada lesen prospek pernah dikeluarkan atau dianugerahkan oleh kerajaan negeri kepada Bumi Suria.