HomeUtamaIsu Perlindungan Whistleblower: Azalina Tegaskan Perlu Ikut Saluran Undang-undang

Isu Perlindungan Whistleblower: Azalina Tegaskan Perlu Ikut Saluran Undang-undang

Read Time:1 Minute, 59 Second

KUALA LUMPUR, — Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said menegaskan bahawa perlindungan di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat hanya terpakai sekiranya maklumat disalurkan melalui saluran yang ditetapkan kepada agensi penguat kuasa.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, di Dewan Rakyat hari ini yang membangkitkan isu berkaitan kes skandal mineral Sabah dan kedudukan pemberi maklumat dalam kes tersebut, Albert T. Datuk T. Jian Cheng.

Takiyuddin mempersoalkan bagaimana Albert yang merupakan pemberi maklumat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) boleh didakwa di mahkamah di bawah Seksyen 16 Akta SPRM yang membawa hukuman sehingga 20 tahun penjara, sedangkan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 digubal khusus untuk memberikan kekebalan kepada pemberi maklumat daripada tindakan sivil, jenayah dan tatatertib.

Selain itu, Takiyuddin turut bertanya sama ada terdapat kemungkinan, sebagaimana dalam kes jenayah lain, seorang tertuduh boleh ditawarkan untuk menjadi saksi pendakwaan dan kes terhadapnya ditarik balik.

Menjawab persoalan itu, Azalina menjelaskan bahawa beliau tidak mahu menyentuh secara khusus kes yang sedang berjalan kerana boleh dianggap subjudis.

Namun, beliau memaklumkan bahawa Akta Perlindungan Pemberi Maklumat menetapkan dengan jelas proses mendapatkan perlindungan melalui agensi penguat kuasa seperti diperuntukkan dalam Seksyen 3, manakala Seksyen 7 memberi perlindungan maklumat sulit, kekebalan daripada tindakan sivil dan jenayah, serta perlindungan daripada tindakan memudaratkan.

“Kalau contohnya dia pergi kepada media tanpa melalui agensi terlebih dahulu, elemen Seksyen 7 untuk mendapat perlindungan itu tidak dapat diberikan kerana dalam Seksyen ini, ia menyatakan bahawa perlindungan hanya terpakai apabila maklumat disalurkan melalui agensi bertanggungjawab,” katanya.

Azalina juga berkata Kerajaan sedang merancang pindaan akta berkaitan termasuk mewujudkan satu jawatankuasa khas, selain mempertimbangkan cadangan untuk membentuk satu badan bebas bagi mengendalikan isu-isu berkaitan pemberi maklumat.

Apa pun, pemberi maklumat mesti mendapat apa yang disebut sebagai dia mempunyai “tagging”. Dia boleh mendapat perlindungan maklumat.

” Saya sebut tadi dalam jawapan saya kepada Yang Berhormat Ayer Hitam, saya kata kadang-kadang pemberi maklumat bukan sahaja mendapat perlindungan sebagai pemberi maklumat, dia mesti juga mendapat ikatan dengan Akta Perlindungan Saksi maknanya dia two in one.

” Dan kalau nak mendapat Akta Perlindungan Saksi, agensi juga akan memberikan perlindungan saksi kepada dia. Kalau pemberi maklumat dalam kes-kes yang begitu besar tidak ada perlindungan saksi, susah juga dia nak keluar masuk dalam kehidupan dia.

Jadi, dia mesti dalam elemen pemberi maklumat yang diikat dengan perlindungan saksi. Penentunya adalah agensi-agensi yang bertanggungjawab. katanya

RELATED ARTICLES
Utama

Sabah cadang beri pendidikan percuma untuk pelajar lanjut ke IPT milik...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular