HomeUtamaUlama nyata sokongan kepada PM Anwar

Ulama nyata sokongan kepada PM Anwar

Read Time:1 Minute, 22 Second

Kuala Lumpur : Ulama terkenal, Syeikh Wazir Che Awang Al-Makki Hafizahullah menyuarakan harapan agar pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dapat dikekalkan.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Jabhah Pondok Kelantan berkata, ia adalah bagi mengelakkan kesan kepada perkembangan Islam dan ekonomi.

Katanya, pada ketika ini ada pihak tertentu terutama pembangkang berusaha menjatuhkan perdana menteri menerusi himpunan di Kuala Lumpur pada 26 Julai depan.

Menurutnya, perubahan kerajaan yang terlalu kerap hanya akan menjejaskan kehidupan rakyat termasuk perkembangan sekolah pondok dan menyebabkan ekonomi menjadi malap.

“Kita di Malaysia ini lima tahun satu kerajaan, (kadang-kala) dua atau setahun satu kerajaan. Dasar berubah menyebabkan pondok pun lemah dan malap. Ekonomi malap. Ini bukan cara Islam,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ceramah pada Program Malaysia Bermunajat 2025 di Masjid Putra, Putrajaya, malam tadi.

Wazir dalam laporan FMT berkata, kehadiran ramai dalam program keagamaan itu menunjukkan sokongan sepenuhnya kepada pimpinan Anwar yang mengetuai kerajaan perpaduan sejak penghujung 2022.

“Insya-Allah semua rintangan dan cabaran di negara ini dapat diselamatkan.

“Kerajaan pimpinan Datuk Seri (Anwar) dapat diselamatkan,” katanya yang turut mengimbau perkenalannya dengan Anwar yang telah lama wujud.

Menurutnya, antara bantuan paling tidak boleh dilupakan adalah sumbangan kewangan ketika beliau berada di Pakistan selama 13 tahun.

“Ia untuk bantu pelajar Asean di Pakistan, kebaikan ini diteruskan beliau,” katanya.

Pembangkang merancang menganjurkan Himpunan Turun Anwar pada 26 Julai depan dengan menyasarkan kehadiran 300,000 orang, meningkat berbanding sasaran awal 50,000 peserta.

Semalam, Anwar mencabar pengkritiknya supaya membawa usul undi tidak percaya di Dewan Rakyat sekiranya mereka mahu mengambil alih pentadbiran Putrajaya.

Tegasnya, pembangkang boleh menunggu sehingga PRU akan datang jika gagal mendapat sokongan di Dewan Rakyat bagi usul terbabit.

RELATED ARTICLES
Utama

Tahap Pengetahuan Kesihatan Rakyat Malaysia Masih Rendah — Menteri Kesihatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular