HomeIsu tempatanWanita terlibat kes khidmat urut palsu dicekup

Wanita terlibat kes khidmat urut palsu dicekup

Read Time:1 Minute, 30 Second

Oleh Sitti Nor Azizah Talata

Tawau: Seorang wanita tempatan berusia 21 tahun ditahan polis selepas dipercayai terlibat dalam satu kes pemerasan membabitkan iklan khidmat urut palsu di Internet yang mengakibatkan kerugian mangsa pada Februari lalu.

Suspek ditahan kira-kira jam 12.25 tengah hari pada 16 Julai lalu oleh sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau di tepi jalan Kampung Titingan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Tawau, Superintendan Champin Piuh berkata, penahanan dibuat hasil maklumat daripada pegawai penyiasat IPD Gerik, Perak, yang membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 385 Kanun Keseksaan kerana pemerasan.

Menurutnya, kes tersebut bermula apabila seorang lelaki warga asing berusia 41 tahun menghubungi seorang wanita yang didakwa menawarkan khidmat urut menerusi aplikasi Google dan WhatsApp.

“Mangsa membuat bayaran pendahuluan sebanyak RM100 tetapi wanita terbabit tidak muncul di lokasi yang dijanjikan.

“Tidak lama selepas itu, mangsa menerima mesej ugutan daripada nombor telefon tidak dikenali yang menuntut bayaran tambahan sebanyak RM500 bagi ‘pembatalan perkhidmatan’, dengan ancaman akan dihantar orang untuk mencarinya atau dibunuh jika enggan membayar,” katanya.

Beliau menambah, bimbang akan keselamatan dirinya, mangsa membuat pemindahan wang ke akaun suspek melalui mesin ATM di negeri Perak, namun selepas didesak untuk membuat bayaran tambahan, mangsa menyedari dirinya telah diperdaya dan segera membuat laporan polis.

“Siasatan awal mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau namun siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti kemungkinan penglibatannya dalam sindiket penipuan siber,” ujarnya. 

Sehubungan itu, katanya, pihak polis menasihatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada dan tidak mudah terpedaya dengan sebarang tawaran perkhidmatan yang mencurigakan di Internet.

Katanya, elakkan sebarang urusan pembayaran kepada individu tidak dikenali dan laporkan segera kepada pihak berkuasa sekiranya menerima ugutan atau ancaman keselamatan. 

Untuk sebarang maklumat berkaitan penipuan, orang ramai boleh menghubungi CCID Scam Response Center di talian 03-26101559 atau 03-26101599.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Mahasiswa UiTM himpun 180kg E-Waste, tingkat kesedaran alam sekitar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular