HomeIsu tempatanTindakan sembunyi pelbagai jenis senjata di kawasan rumah gagal, lelaki dicekup polis

Tindakan sembunyi pelbagai jenis senjata di kawasan rumah gagal, lelaki dicekup polis

Read Time:53 Second

Oleh Sitti Nor Azizah Talata

Tawau : Cubaan seorang lelaki tempatan menyembunyikan pelbagai jenis senjata api dan peluru di kawasan semak berhampiran rumahnya terbongkar apabila polis menemui kesemua barangan berbahaya itu di Kalabakan, di sini.

Lelaki berusia 34 tahun itu ditahan sepasukan anggota dari Balai Polis Kalabakan selepas pemeriksaan di lokasi menjumpai senjata api termasuk satu laras senapang patah (bakakuk), satu laras senapang angin buatan sendiri, dua batang paip besi, satu rangka senjata api yang tidak lengkap dan tiga biji peluru daripada jenis berbeza yang dibalut dengan kain hitam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Tawau, Superintendan Champin Piuh berkata, barangan tersebut disorok dengan teliti di dalam semak berhampiran rumah suspek dan ditemui semasa rondaan Ronda Cegah Jenayah (RCJ) dijalankan oleh anggota polis.

“Suspek kini ditahan dan dibawa ke Balai Polis Kalabakan sebelum diserahkan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Mahasiswa UiTM himpun 180kg E-Waste, tingkat kesedaran alam sekitar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular