HomeUtamaWisma Harta terus pacu peranan ekonomi, sosial di bangunan MUIS

Wisma Harta terus pacu peranan ekonomi, sosial di bangunan MUIS

Read Time:1 Minute, 10 Second

Kota Kinabalu : Wisma Harta Sdn Bhd memainkan peranan penting bagi memastikan bangunan Wisma Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) terus mendapat perhatian pengunjung setempat.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, bangunan Wisma MUIS sentiasa menjadi kunjungan khususnya untuk mengadakan pelbagai program dan acara besar.

“Saya ucapkan syabas dan terima kasih kepada semua penerima anugerah dan mereka yang telah menamatkan perkhidmatan. Jasa anda amat dihargai.  Saya juga berharap agar Wisma Harta dapat berdikari dan mampu menjana keuntungan demi menyumbang kembali kepada MUIS.

“Saya percaya semua kakitangan dan pegawai Wisma Harta mampu melaksanakan tugas dengan penuh dedikasi dan semangat kerjasama.

“Mereka adalah tunjang kepada kelancaran operasi di bangunan MUIS yang sering menjadi tumpuan pelbagai program, termasuk majlis perkahwinan, urusan ekonomi dan acara rasmi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Jasamu Dikenang Wisma Harta Sdn Bhd di sini pada Khamis.

Dalam pada itu, Arifin turut menyentuh kerjasama strategik antara Wisma Harta dan Sedcovest dalam menguruskan Souq El-Madinah, sebuah pusat perniagaan yang diwujudkan kerajaan untuk membantu menjana ekonomi umat Islam di negeri ini.

Katanya, peranan anak syarikat seperti Wisma Harta tidak harus dipandang ringan kerana mereka memainkan peranan langsung dalam memudahkan urusan komuniti dan menyokong pembangunan ekonomi setempat.

Majlis turut diserikan dengan penyampaian anugerah kepada pegawai dan staf yang menunjukkan prestasi kerja cemerlang serta penghargaan kepada mereka yang telah bersara. – Chronivo

RELATED ARTICLES
Utama

Tahap Pengetahuan Kesihatan Rakyat Malaysia Masih Rendah — Menteri Kesihatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular