HomeUtamaSMK Gadong Beaufort dinobat Johan Forum Remaja Madani Peringkat Negeri Sabah 2025

SMK Gadong Beaufort dinobat Johan Forum Remaja Madani Peringkat Negeri Sabah 2025

Read Time:1 Minute, 56 Second

Oleh Sitti Nor Azizah Talata

Tawau : Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gadong Beaufort muncul johan Pertandingan Forum Remaja Madani Peringkat Negeri Sabah 2025 yang berlangsung sempena Festival Bahasa dan Sastera (BAHTERA) di sini, sekaligus membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000 serta sijil penyertaan.

Tempat kedua dimenangi oleh SMK Kuhara Tawau, manakala tempat ketiga menjadi milik Sekolah Menengah Agama (SMA) Tun Ahmadshah dengan masing-masing menerima hadiah wang tunai RM700 dan RM500 serta sijil penyertaan sebagai penghargaan atas prestasi cemerlang dalam forum tersebut.

Majlis penutupan rasmi festival serta penyampaian hadiah disempurnakan Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan di Dewan SJK (C) Yuk Chin, Tawau di sini semalam.

Nizam (empat dari kiri) menyampaikan hadiah kepada guru pengiring dan pelajar SMK Gadong Beaufort yang muncul johan pertandingan Forum Remaja Madani Peringkat Negeri 2025. Foto Sitti Nor Azizah Talata

Dalam ucapannya, beliau menekankan peranan aktif kerajaan negeri Sabah dalam memperkasakan bahasa dan sastera, termasuk menyalurkan dana pengiktirafan kepada sasterawan tempatan melalui Anugerah dan Hadiah Sastera Negeri Sabah serta memperluas penggunaan papan tanda awam dalam bahasa kebangsaan.

“Kerajaan negeri di bawah kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor komited dalam usaha memartabatkan bahasa dan sastera kebangsaan melalui kerjasama strategik serta pengiktirafan tinggi kepada penggiatnya.

“Sejak 2021 hingga kini hampir RM1 billion telah diperuntukkan oleh kerajaan negeri untuk memperkasa modal insan termasuklah dalam sektor pendidikan demi manfaat generasi muda yang berilmu,” katanya.

Pertandingan itu dianjurkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Sabah selaku penganjur utama dengan kolaborasi strategik bersama Jabatan Pendidikan Negeri Sabah dan Pejabat Pendidikan Daerah.

Antara program yang turut memeriahkan festival termasuk pertandingan Jom Baca dan Mewarna, Jejak Jawi, Majalah Dalam Kelas, Malam Santai Puisi serta Pesta Buku, yang bertujuan menyemai kecintaan terhadap bahasa, sastera dan budaya kebangsaan.

Dalam pada itu, NIzam berkata, pertandingan forum remaja yang bermula sejak 1989 itu dilihat sebagai satu wadah penting dalam melahirkan pelajar yang bukan sahaja fasih berbahasa Melayu baku, tetapi juga berani dan berkesan dalam menyampaikan idea secara spontan melalui komunikasi lisan.

“Forum seperti ini melatih pelajar menggunakan bahasa bertatasusila, memperluas kosa kata dan membentuk nilai kepemimpinan. Ini selari dengan hasrat untuk membina generasi berilmu, berbudaya dan beridentiti nasional,” katanya.

Sebagai rekod, katanya, Sabah telah menjuarai pertandingan forum remaja peringkat kebangsaan sebanyak 10 kali, dengan daerah Tawau menyumbang sembilan kemenangan, sekaligus melakar satu pencapaian yang cukup membanggakan. – Chronivo

RELATED ARTICLES
Utama

Kenyataan Shafie Tentang Kes Zara Disifatkan Tidak Bertanggungjawab Dan Prejudis

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular