HomeUtamaPotong kabel elektrik, lelaki didenda RM4,000 lakukan khianat

Potong kabel elektrik, lelaki didenda RM4,000 lakukan khianat

Read Time:53 Second

Oleh J. Evachel John

KOTA KINABALU: Seorang lelaki didenda RM4,000 atau tujuh bulan penjara kerana melakukan khianat terhadap harta benda milik Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK).

Alif Hussein, 29, melakukan kesalahan itu bersama seorang lagi lelaki dengan memotong kabel elektrik sepanjang 32 kaki milik DBKK pada 26 Februari lalu kira-kira jam 3 pagi, di laluan pejalan kaki tepi Jalan Coastal, berhampiran Api-Api Centre, dekat sini.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 431A Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh yang boleh sampai dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Majistret Marilyn Kelvin mendengar bahawa tertuduh ditahan oleh polis kerana berkelakuan mencurigakan.

Tertuduh dan rakannya cuba melarikan diri namun berjaya dikejar dan ditangkap.

Hasil pemeriksaan, polis menemui sebuah beg galas hitam, satu gulung kabel elektrik, dua playar dan sepasang kasut.

Hasil siasatan lanjut dan pengecaman barang-barang yang dirampas, Penolong Pegawai Jurutera DBKK mengesahkan kabel elektrik tersebut adalah milik DBKK.

Tertuduh juga telah mengaku memotong kabel lampu tersebut.

Pegawai Pendakwa Inspektor Yusdi Basri mengendalikan pendakwaan manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

RELATED ARTICLES
Utama

Sabah cadang beri pendidikan percuma untuk pelajar lanjut ke IPT milik...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular