HomeUtamaHujan lebat landa Sabah pagi ini

Hujan lebat landa Sabah pagi ini

Read Time:43 Second

Kota Kinabalu : Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dilaporkan berlaku di beberapa kawasan di Sabah pagi ini sehingga jam 12 tengah hari nanti.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kemaskini di Facebook memaklumkan antara kawasan terlibat adalah di Pedalaman, Pantai Barat, Kudat termasuk Labuan.

“Antara kawasan dijangka akan mengalami hujan adalah di Pedalaman dan Pantai Barat melibatkan Papar, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran, Ranau dan Kota Belud.

“Turut dilaporkan mengalami cuaca sama adalah di Kudat dan Labuan sehingga jam 12 tengah hari ini,” menurut kenyataan itu di sini.

Selain Sabah, beberapa kawasan lain di Sarawak turut mengalami cuaca sama.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – Chronivo

RELATED ARTICLES
Utama

Tahap Pengetahuan Kesihatan Rakyat Malaysia Masih Rendah — Menteri Kesihatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular