HomeUtamaTerminal KK Central bangunan pertama dihiasi pencahayaan pintar

Terminal KK Central bangunan pertama dihiasi pencahayaan pintar

Read Time:1 Minute, 22 Second

Kota Kinabalu : Terminal KK Central menjadi bangunan pertama di negeri ini dihiasi dengan pencahayaan pintar yang dikawal menggunakan teknologi ‘Bluetooth’.

Datuk Bandar Kota Kinabalu Datuk Seri Dr Sabin Samitah berkata, sistem itu telah berjaya menyerlahkan keindahan seni bina bangunan KK Central dengan kesan pencahayaan yang memukau.

Katanya, ini sekaligus menjadikan kawasan terminal itu lebih ceria dan menarik, terutamanya pada waktu malam.

Selain itu katanya, pelaksanaan kawalan ‘Bluetooth’ yang mesra pengguna itu telah terbukti sebagai kaedah pengurusan sistem pencahayaan yang efisien dan moden.

Bangunan Terminal KK Central yang dihiasi pencahayaan pintar – Foto Alexter Rosalia

“Dengan ini, KK Sentral bukan lagi sekadar sebuah hab pengangkutan moden, tetapi telah berkembang menjadi mercu tanda cahaya yang menyambut para pengunjung dari dalam dan luar negara.

“Kita percaya, KK Sentral akan terus muncul sebagai salah satu ikon pencahayaan facade di bandaraya ini dan menjadi inspirasi kepada lebih banyak projek seumpamanya pada masa akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap melancarkan ‘City Of Lights KK Sentral, Kraftangan KK Central dan KK Central Seafood Noodles di sini pada Selasa.

Sabin berkata, projek pencahayaan itu merupakan satu langkah penting dalam merealisasikan hasrat untuk menjadikan Kota Kinabalu sebagai sebuah bandar raya yang lebih berwarna-warni, pintar dan bercahaya.

Katanya, inisiatif itu adalah bukti komitmen pihaknya untuk mewujudkan sebuah bandar yang mesra, selamat, kaya dengan budaya, dan progresif dari segi teknologi.

Bangunan Terminal KK Central yang dihiasi pencahayaan pintar – Foto Alexter Rosalia

“Ini adalah permulaan kepada satu aspirasi baharu untuk sama-sama membina Kota Kinabalu sebagai sebuah bandar yang lebih cerah, lebih selamat dan lebih hidup.

“Bukan sahaja pada fizikalnya tetapi juga dalam hati dan harapan seluruh warganya,” katanya. – Chronivo

RELATED ARTICLES
Utama

Tahap Pengetahuan Kesihatan Rakyat Malaysia Masih Rendah — Menteri Kesihatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular